Hari ini Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024. Ia merupakan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Menerusi hantaran Facebook Tabung Haji, jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion itu memberikan manfaat bagi 9.54 juta pendeposit.

Daripada jumlah tersebut TH telah melunaskan zakat sebanyak 2.7555% bagi pihak pendeposit.

Tabung Haji Umum Dividen 3.25%, Tertinggi Dalam 7 Tahun
Sumber Gambar: Facebook Tabung Haji

RM99.35 juta dilunaskan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi tahun 2024. RM1.47 bilion jumlah terkumpul zakat yang telah dilunaskan sehingga 2024.

Lebih 2.2 juta asnaf terima manfaat daripada Program CSR Zakat Wakalah TH sehingga tahun lalu.

Nilai agihan keuntungan tertinggi itu hasil alokasi aset strategik yang berlandaskan tahap tolenrasi risiko dan tahap kecairan yang sesuai untuk TH.

Pecahan pelaburan sebanyak 57% instrumen pendapatan tetap (SUKUK), 27% ekuiti, 7% hartanah dan 9% instrumen pasaran wang.

Tabung Haji Umum Dividen 3.25%, Tertinggi Dalam 7 Tahun
Sumber Gambar: Facebook Tabung Haji

Setiap pendeposit boleh menyemak pengkreditan agihan keuntungan TH 2024 bermula pada Ahad, 23 Mac 2025 ini.

Semakan boleh dibuat melalui beberapa platform tersedia seperti aplikasi THiJARI atau pergi ke kaunter Tabung Haji, Bank Islam atau Bank Rakyat.

Pada masa sama semakan juga boleh dibuat secara atas talian melalui rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Islamic, Maybank Islamic dan AmBank Islamic.