Peminat tegar K-Pop pastinya mengenali Kim Taehyung atau V dari kumpulan BTS lebih-lebih lagi baru-baru ini nama Taehyung menjadi sebutan di Malaysia gara-gara beliau tampil memakai sepasang baju melayu Aaron Aziz dari Jakel. Turut mendapat perhatian ialah Kim Seok-Jin atau Jin yang juga menggayakan kurta yang dihadiahkan oleh Syahirah Adila Zainudin dan Siti Sofheia.

https://twitter.com/peskytae/status/997710165678804993
https://twitter.com/yoonminlist/status/997121971564433408

Syahirah dan Siti Sofheia sanggup berbelanja hampir RM400 termasuk kos penghantaran ke Korea Selatan semata-mata ingin memberikan hadiah kepada bintang hallyu pujaan mereka. Sehingga kini Tweet tersebut berjaya meraih 13,000 retweet daripada peminat BTS. Menurut Syahirah, dia dan juga rakannya menerima pertanyaan daripada peminat BTS dari luar negara mengenai baju tersebut.

https://twitter.com/tae_tyrus/status/997693588820525057

Usaha mereka mendapat perhatian daripada pengeluar baju tersebut yang turut berterima kasih kerana mengangkat martabat baju melayu di mata dunia. Dikhabarkan dua gadis ini juga mendapat ganjaran daripada pihak Jakel sebagai tanda terima kasih.

Mungkin selepas ini ada peminat yang akan menghantar baju kurung pula untuk artis K-Pop wanita. Manis mata memandang.