Tahap IQ rakyat Malaysia berada dalam kalangan 25 negara terbaik dalam kemas kini yang dikeluarkan bagi tahun 2025 baru-baru ini.
Menurut data yang dikeluarkan oleh International IQ Test, Malaysia berada di kedudukan ke-22 dengan tahap IQ melebihi purata 100.48 selepas membuat ujian terhadap lebih 19 ribu peserta.
Baca Juga:
- Lelaki Jordan ‘Meludahkan’ Fakta Nasi Goreng Dari Malaysia Lebih Sedap Buat Wanita Indonesia Ini Tersentak
- Indonesia Tahan Puluhan Migran Rohingya & Bangladesh, Berjaya Patahkan Rancangan Guna Laluan Laut ke Malaysia
- ‘Hati Mereka Indonesia, Tetapi Perut Diisi Malaysia’
Tahap IQ Rakyat Malaysia Jauh Lebih Tinggi Berbanding Indonesia
Kedudukan terbaru ini menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga terbaik di rantau Asia Tenggara selepas Singapura (ke-5) dan Thailand (ke-15). Manakala di rantau Asia, Malaysia menduduki tangga ke-10.

Berbeza dengan jiran kita iaitu Indonesia, negara itu menduduki tangga ke-98 dalam kemas kini bagi tahun 2025, dimana tahap IQ rakyat Indonesia berada pada purata 93.18.
Purata IQ global ialah 100, dimana salah satu sebab utama untuk ini adalah China, yang mewakili kira-kira 18% daripada populasi dunia.
China mengimbangi banyak negara dengan purata IQ di bawah 100 disebabkan oleh purata skor IQ yang sangat tinggi (107.19) dan populasinya yang besar.
Apabila mempertimbangkan populasi negara dan purata IQ mereka, keputusan akhir ialah purata IQ 100 untuk penduduk global.

Beberapa faktor boleh mempengaruhi purata IQ sesebuah negara:
1. Penyakit Berjangkit: Kajian menunjukkan bahawa negara yang mempunyai kadar penyakit berjangkit yang tinggi secara amnya mempunyai populasi dengan purata skor IQ yang lebih rendah.
Penyakit ini boleh menjejaskan perkembangan kognitif secara negatif. Afrika adalah benua yang paling banyak terjejas oleh penyakit berjangkit.
2. Tabiat Pemakanan: Kajian 2024 menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai tabiat pemakanan yang baik mempunyai IQ yang lebih tinggi daripada kanak-kanak lain.
Oleh itu, negara yang mempunyai tabiat pemakanan yang baik (dan kurang kemiskinan makanan) cenderung mempunyai purata IQ yang lebih tinggi.
3. Aktiviti Intelektual: Kajian 2022 mendapati bahawa kerap bermain catur boleh meningkatkan IQ kanak-kanak.
Satu lagi kajian pada tahun 1962 menunjukkan bahawa kanak-kanak dwibahasa mendapat markah yang lebih tinggi pada ujian kecerdasan berbanding kanak-kanak yang bercakap hanya satu bahasa.
Oleh itu, aktiviti merangsang intelek yang kerap dalam budaya sesebuah negara cenderung untuk meningkatkan purata IQnya.
4. Genetik: Kajian 2013 ke atas lebih seribu kembar menunjukkan bahawa IQ dipengaruhi antara 50% dan 80% oleh genetik.