Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mengkritik sesetengah pihak yang tidak membayar gaji pemain namun menyalahkan FAM dan MFL.
Ketika ini, isu kehadiran penyokong ke stadium yang makin berkurang menjadi perbincangan peminat bola sepak tanah air dan Tunku Mahkota Ismail memberikan sebab mengapa isu tersebut berlaku.
Baca Juga:
- ‘Perkembangan Pemain Muda Tanggungjawab Kelab’ – Tunku Mahkota Ismail
- Tunku Ismail Dedah 7 Pemain Warisan Sudah Dikenal Pasti, Harap Kerajaan Bantu Dapatkan Pasport Malaysia
- ‘Kalau Nanti Dah Tak Diperlukan, JDT Sedia Terima’ – Tunku Mahkota Ismail
JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, players pasukan tak dapat gaji, players tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang2 jaga club tak peduli dan lain-lain. Senang cerita macam ni. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar… https://t.co/87dvcTFpTD
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) January 29, 2025
“JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, pemain tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang-orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain,” tulinya di laman media sosial X.
“Senang cerita macam ini. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan? Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan.”
Tunku Mahkota Ismail menggesa agar Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar segera memperkenalkan Financial Fair Play dan juga mengasingkan Badan Pengadil.
“Sendiri tak bayar gaji salahkan FAM dan MFL. Kenalkan Financial Fair Play dengan segera, Badan Pengadil mesti bebas dan bukan di bawah FAM.”
“Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh mencabar Bayern Munich. Pemikiran adalah segalanya,” tambahnya.
Masalah tunggakan gaji terus menghantui pasukan Liga Malaysia yang mana beberapa pasukan gagal untuk membayar gaji pemain dan pegawai pasukan sehingga beberapa bulan.
Isu ini mengakibatkan pemain import meninggalkan pasukan selain pasukan yang menghadapi masalah tunggakan gaji menampilkan prestasi buruk dalam saingan liga.