Pada hari semalam tular kisah kebuntuan pelakon komedi legenda, Dharma Harun mengenai hutang rumah sewanya yang mencecah RM7,500.00.
Pada masa sama beliau turut menanggung 2 orang anaknya yang berusia 36 tahun dan 35 tahun. Dan kedua duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Baca Juga:
Perkara itu menjadi buah mulut netizen. Sehubungan itu anak bongsunya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, tampil memberikan penjelasan.
Menurutnya, beliau mahu menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) terlebih dulu. Kemudian beliau akan mencari kerja tetap, petik Harian Metro.
“Saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan juga antara yang terbaik. Jadi, saya disarankan oleh pensyarah supaya habiskan pengajian dulu sebelum mencari kerja tetap untuk menampung kewangan keluarga.
“Oleh itu, saya harus bertahan sampai Ogos depan. Insya-Allah, selepas tamat saja pengajian nanti, saya akan cuba dapatkan kerja tetap dan bayar sewa rumah serta bantu ayah dan keluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya lagi, Dekan Pusat Pengajian Asasi Kreatif Aswara, Dr Erdina Nasseri mengetahui masalah kewangan keluarganya. Beliau menjadi antara individu yang banyak menghulurkan bantuan kepada Al Syafiq sekeluarga.
“Dekan tahu saya ada masalah kewangan dan dia pun banyak membantu hingga segan dibuatnya, termasuk mendapatkan saya bantuan dari Aswara. Secara peribadi, dekan memang banyak bantu saya selama ini.
“Saya juga sebenarnya ada buat kerja sambilan pada sebelah petang dan malam di kafe sebelum ini untuk mencari pendapatan. Cuma, sekarang ada projek akhir pengajian dan susah sikitlah untuk saya bekerja.
“Apapun, saya tak kisah orang nak cakap apa sebab tahu apa yang saya buat dan Allah juga tahu. Ketika saya bekerja dulu, dapatlah juga RM300 sebulan dan digunakan untuk membayar bil eletrik dan air, serta apa-apa yang patut,” katanya.
@hmetromy Pelakon filem Adik Manja era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, meluahkan kebimbangan terpaksa keluar dari rumah yang disewa berikutan mempunyai tunggakan sewa mencecah RM7,500.
Terdahulu, Dharma Harun memberitahu kepada pihak Harian Metro beliau diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menjelaskan tunggakan sewa.
Jika tidak, keluarganya terpaksa keluar. Dalam masa sama, anak-anak beliau pula bakal duduki peperiksaan hujung bulan ini.