Jepun sememangnya menjadi destinasi idaman ramai pelancong dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Selain kaya dengan tradisi dan budaya, keindahan alam semulajadinya yang pelbagai sepanjang empat musim, termasuk bunga sakura, daun luruh, dan pemandangan Gunung Fuji, sangat memukau.

Buat yang pertama kali mahu pergi apatah lagi seorang diri,  sudah semestinya akan tertanya-tanya apa yang perlu dibuat atau persediaan sebelum tiba ke negara matahari terbit itu.’

Seorang wanita telah berkongsi dalam satu bebenang menarik mengenai perkara yang perlu diketahui agar perjalanan anda lebih lancar sebaik tiba disana.

Ini antaranya: –

1. Wajib isi pendaftaran masuk

Jepun
Sumber Gambar:Google

Pertama sekali, anda perlu pergi laman ‘Visit Japan Web’ dan isi segala maklumat yang dipinta dan kemudianakan menerima kod QR khas.

Kegunaan kod itu adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kemasukkan ke Jepun bagi pelancong antarabangsa. Secara spesifik, ia menggantikan borang-borang kertas yang perlu diisi secara manual di lapangan terbang dengan sistem digital.

Anda diingatkan untuk berbuat sedemikian dalam tempoh tiga hari sebelum tiba atau sewaktu hari penerbangan.

2. Cetak segala maklumat penting

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: X

Di sini, anda juga disarankan untuk mencetak tiket penerbangan pergi dan pulang, jadual perjalanan  dan tempahan hotel sepanjang di sana.

Dengan maklumat ini, ia menjadi bukti kukuh bahawa anda datang ke sana untuk melancong dan bukannya menetap atau bekerja secara haram dalam diam.

Benda ini tidaklah dikira sesuatu yang wajib tetapi lebih baik sediakan jika tiba-riba disoal oleh pegawai imigresn di sana seperti perumpamaan sediakan payung sebelum hujan.

3. Cuaca

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: Rakuten

Ada yang mungkin merancang mahu pergi melihat salji, dan ada juga lebih selesa mahu menerokai bandar dan tempat menarik dengan cuaca cerah.

Dengan mengetahui cuaca sewaktu melancong ke sana, anda boleh membuat persediaan pakaian yang bersesuaian agar nanti tidaklah terperuk di dalam bilik hotel kerana terlalu sejuk atau sebaliknya.

Musim Sejuk: Pertengahan Disember sehingga Februari

Musim Bunga: Mac sehingga Mei

Musim Panas: Jun sehingga Ogos

Musim Luruh: September sehingga November

4. Makanan kembara

Jepun
Sumber Gambar: X

Walaupun pada dasarnya negara Jepun sangat ketat dengan membawa masuk makanan sebab takut transmisi penyakit masuk ke  dalam negara mereka, ada juga yang membawanya asalkan telah ‘declare’ dengan teliti seperti yang dibuat oleh KA.

Bagaimanapun, pihak berkuasa di sana akan tetap membuat semakan dan sedia merampas jika terdapat bahan yang tidak bersesuaian.

5. Jenis plug

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: Switch

Anda perlu mengetahui jenis plug yang digunakan di Jepun yang mana hanyalah jenis A dan B sahaja. Jadi, sebaiknya anda membawa plug universal yang sudah dibeli dari Malaysia yang mana boleh digunakan untuk negara lain juga kelak.

6. Makanan halal

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: Ikhlas

Paling mudah sekali sudah semestinya dengan melihat tanda logo halal yang dipamerkan di kedai atau plastik makanan. Sebagai pelengkap rujukannya, anda boleh memuat turun aplikasi E Halal Scanner yang bakal memudahkan kerja lagi kerana di sana wujud  pelbagai jenis logo halal.

Menariknya, aplikasi berkenaan turut boleh membaca sebarang bahan di dalam sesuatu makanan  atau minuman dan terus memberi status halalnya tetapi perlu dibeli terlebih dahulu yang mana dikira berbaloi untuk jangka masa panjang.

7. Belajar  asas Bahasa Jepun

Memandangkan majoriti rakyat di sana masih kurang mahir bertutur Bahasa Inggeris, ada baiknya anda mempelajari serba sedikit percakapan harian ringkas untuk berinteraksi kelak.

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: X

Dengan kemudahan auto translator menerusi aplikasi Google juga boleh digunakan secara meluas tetapi perlu ambil kira akan menggunakan data internet yang mana hanya tersedia di sekitar bandar sahaja.

8. Pengangkutan awam

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar; Klook

Anda boleh pilih sama ada mahu menaiki tren dengan dua cara iaitu membeli tiket pada setiap stesen yang mana agak merumitkan ataupun menggunakan kad Suica Tourist.

Kad Suica ini boleh dikira seperti Touch n Go yang mana anda hanya perlu membayar 2,000 Yen bersamaan RM58 dan sediakan deposit sebanyak 500 yen iaitu RM14.63. Anda boleh pulangkan semula kad itu untuk menerima semula duit baki.

Bonus buat pengguna iPhone, anda boleh menambah kad itu ke dalam aplikasi Wallet dan menambah nilai secara digital sahaja. Difahamkan jika kad Welcome Suica untuk pelancong dalam tempoh singkat, ia akan tamat tempoh selepas 28 hari.

9. Bawa iron sendiri

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: Ubuy

Dimaklumkan hotel-hotel di Jepun tidak menyediakan alat seterika jadi anda dinasihatkan untuk membawa sendiri dengan saiz yang kompak.

Jadi, anda bolehlah sentiasa tampil kemas kerana boleh seterika pakaian sendiri bila diperlukan.

10. Bagasi

Tak Nak Menyesal? Baca Dulu 10 Tips Penting Ini Sebelum Melancong Ke Jepun
Sumber Gambar: Highland Tactical

Untuk mengelakkan isu keselamatan dan barang takut dihempap, perlu pertimbangkan untuk membeli bagasi yang tahan lasak serta zipless.

Ini kerana kalau bagasi boleh menampung berat yang besar, anda pun boleh gunakan sebagai kerusi sewaktu menunggu di lapangan terbang atau check in hotel yang selalunya akan mengambil masa yang panjang.

Sebagai peringatan, jaga tingkah laku sewaktu di sana kerana membawa imej Malaysia. Selaim itu, anda juga mungkin perlu memyediakan duit syiling dari Jepun kerana negaranya masih bergantung dengan urusan pembayaran secara fizikal.

Nak lagi banyak tip halal ‘travel’ bajet? Komen saja destinasi impian anda!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau dan VOCKET memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti halal-friendly yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.