Mr DIY merancang untuk membuka 190 cawangan, termasuk konsep baharu tahun ini dimana mereka yakin tarif AS tidak akan memberi kesan terhadap prestasi syarikat.

Menurut laporan The Edge Malaysia, syarikat itu mencatatkan hasil dan keuntungan bersih dengan rekod tertinggi pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025.

Baca Juga:

Kedudukan Kewangan Mr DIY Kekal Kukuh

“Walaupun turun naik pasaran didorong oleh ketegangan geopolitik dan pertikaian tarif, kedudukan kewangan kami kekal kukuh.

Mr DIY
Mr DIY

“Pada masa ini, kami tidak menjangkakan tarif semasa AS memberi kesan kepada kami,” kata ketua pegawai eksekutif DIY Adrian Ong dalam satu kenyataan.

“Walaupun masih ada kerja yang perlu dilakukan, kami yakin kami berada di landasan yang betul — memacu kecekapan operasi dan menyampaikan nilai mampan jangka panjang kepada pemegang kepentingan kami.

Mr DIY mengumumkan kenaikan 20.2% dalam keuntungan bersih kepada RM174.15 juta — paras tertinggi yang dicapai untuk suku tahun pertama 2025, berbanding RM144.88 juta setahun lalu.

Mr DIY
Mr DIY

Hasil suku tahunan meningkat 10.5% kepada RM1.26 bilion, berbanding RM1.14 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya, disokong oleh jumlah cawangan yang lebih tinggi.

Kumpulan itu menambah 173 kedai baharu dalam tempoh 12 bulan lalu daripada 1,298 kepada 1,471. Pendapatan sesaham meningkat 1.84 sen daripada 1.53 sen pada 1QFY2024.

“Pengembangan ini diterjemahkan kepada kadar yang lebih tinggi, dengan jumlah urus niaga meningkat 9.1% tahun ke tahun kepada 48.2 juta pada suku tersebut, serta peningkatan 0.9% tahun ke tahun dalam purata saiz bakul,” dipetik dari kenyataan.