Seorang wanita berusia 40-an telah membakar motosikal yang masih lagi belum dilunaskan bayaran sewa beli kepada bank.
Kejadian tersebut disahkan berlaku di Taiping telah viral di media sosial. Dengan wanita itu kelihatan benar benar bengang apabila motosikalnya mahu ditarik oleh bank.
Tindakan itu telah dirakam oleh seorang individu yang dipercayai penarik kenderaan yang dilantik oleh pihak bank.
Wanita tersebut enggan memberikan kerjasama telah menyimbah petrol dekat motosikal tersebut.
Dia kemudian menyalakan api dan membakar motosikal Honda RSX itu kerana berang motosikalnya mahu ditarik kerana tak bayar ‘loan’.
Pihak penarik kenderaan tidak dapat berbuat apa apa selain daripada hanya melihat tindakan wanita tersebut yang mengejutkan mereka.
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 26, 2024
Pada malam Khamis, polis telah menahan seorang wanita dipercayai suspek yang membakar motosikal tersebut di tempat awam.
Menurut polis wanita itu gagal melangsaikan tunggakan bayaran motosikal itu selama 20 bulan.
Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, wanita terbabit ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api – menurut laporan Sinar Harian.
Kanun tersebut melibatkan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.
Netizen geleng kepala melihat tindakan wanita itu yang menurut mereka akan lebih menyusahkan dirinya selepas ini. Kenapa dia tidak biarkan sahaja motosikalnya ditarik setelah dia sendiri melanggar pernajian sewa beli kenderaan.