Perkhidmatan bas Rapid KL sudah pun menumpahkan jasa kepada warga kota yang mahu bergerak sesuatu lokasi dengan harga berpatutan sejak sekian lama.

Dengan jadual bersistematik, ramai orang boleh menjangkakan sejumlah trip yang dilakukan serta waktu ia sampai ke sesebuah stesen dengan mudah menerusi aplikasi sahaja.

Bagaimanapun, perkara ini agak menghairankan buat seorang lelaki dari Indonesia yang menyoal sama ada ia sesuatu yang menguntungkan buat syarikat bas di Malaysia apabila bergerak terus walaupun tiada penumpang.

“Kenapa ya bas di Malaysia meskipun sepi tiada penumpang tetap sahaja jalan?” soalnya kepada warganet.

Menurutnya lagi, di Indonesia, kebiasannya pemandu di sana bakal tunggu sehinggalah penuh kemudian baru beredar ke lokasi seterusnya.

Susulan fenomena berbeza itu, dia langsung mempersoalkan jika kalau syarikat tidak kisah alami kerugian ekoran tidak memaksimumkan jumlah penumpang yang menaiki bas itu.

“Apa tidak rugi ke?” soalnya lagi.

@sobat.erykeryk

memang beszzz,..#fyppppppppppppppppp

♬ suara asli – Akbar Chalay – Akbar Chalay

Persoalan itu langsung dibahas dengan proaktif oleh warganet tempatan dalam memberikan pencerahan bagaimana perkhidmatan bas di Malaysia sememangnya berbeza dengan negara jiran itu.

Warganet langsung mendedahkan syarikat Rapid di Malaysia adalah milik Kerajaan maka setiap pemandu dibayar gaji bulanan dan hanya perlu bergerak ke sesebuah lokasi mengikut jadual yang ditetapkan.

Oleh hal demikian, para pemandu bertugas seperti biasa meskipun tiada penumpang sekalipun kerana sudah menjadi tanggungjawab hakiki yang perlu dilaksanakan dan tidak perlu mengejar jumlah penumpang untuk menentukan upah masing-masing.

Ada yang percaya bahawa rakyat Malaysia sangat menitikberatkan masa seperti yang selalu diungkapkan di dalam seharian yang mana “Masa itu emas”. Frasa ini cukup memberi penekanan masa itu mestilah ditepati dan menghormati masa orang lain apabila berurusan.