Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengumumkan penarikan gelaran Datuk yang diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) berkuat kuasa serta-merta, lapor Buletin TV3.
Nasiruddin dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 25 Ogos lalu.
Baca Juga:
- Hotel GISBH Di Langkawi Bakal ‘Convert’ Jadi Muzium Ajaran Sesat?
- Pemilik Premis Rugi Ratusan Ribu Ringgit, Ahli GISBH Dedah Alasan Tak Bayar Sewa 10 Tahun
- Bekas Ahli GISBH Dapat RM5,000 Untuk Mulakan Hidup Baharu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad dalam satu kenyataan, memaklumkan arahan dibuat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Berikutan arahan itu, Azhar berkata, nama Nasiruddin sudah dikeluarkan daripada senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024.
“Penarikan balik darjah kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka.
“Oleh yang demikian, Nasiruddin Mohd Ali tidak dibenarkan mengguna pakai gelaran terbabit dan beliau dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran itu kepada Pejabat SUK Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh,” katanya lagi, petik Buletin TV3.