Sebelum ini, pelakon dan juga pelawak, Ebby Yus memaklumkan bahawa rumahnya yang terletak di Kuala Langat, Selangor telah musnah dihanyutkan arus deras dalam bencana banjir yang berlaku hujung minggu lalu.
Terbaharu, Ebby Yus telah berkongsi detik-detik kejadian tersebut dalam satu temubual di program MeleTOP semalam. Menurut Ebby, pada awalnya beliau sedang memantau pemasangan wallpaper di rumah idamannya itu sebelum dihubungi oleh seorang ustaz untuk menyertai misi bantuan banjir.
Lalu, Ebby pun bertolak ke Kapar untuk memberikan bantuan dan tidak lama kemudian dirinya dihubungi tukang buat rumah mengatakan bahawa rumahnya itu dimasuki air serta mulai senget. Ebby reda dengan ketentuan takdir apabila rumah yang dibina selama 4 tahun secara perlahan-lahan itu lenyap sekelip mata.
Walaupun masih boleh tersenyum menceritakan detik tersebut, dapat didengar Ebby cuba menahan sebak. Malah, Nabil dan Kak Lina selaku hos juga tidak dapat menahan air mata. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Ebby.
Bukan itu sahaja, para netizen juga kagum kerana Ebby tetap tabah walaupun telah berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup seperti sakit. Difahamkan, Ebby telah mengalami kerugian sekitar RM200,000.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bencana banjir yang sedang berlaku ketika ini pada pautan di bawah.
Sering Berdepan Bencana Banjir, Lelaki Ini Kongsi 7 Barangan Mudahkan Proses Bersihkan Rumah
Status Halal Jadi Pertikaian Segelintir Netizen, Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara
Hanya Guna Kertas A4, Cara Pemilik Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir Buat Netizen Kagum