Pada awal pagi tadi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dilaporkan telah meyita sebuah Lamborghini milik seorang warga China.
Bagaimanapun JPJ WPKL memohon maaf atas kekeliruan kerana sebaliknya pemandu hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar, di sini semalam.
Baca Juga:
- Tak Ada Lesen Sah, JPJ Sita Lamborghini Milik ‘Content Creator’ Warga Asing
- Dah 18 Kali Buat Bayaran, Ahli Perniagaan Cuma Dapat Gambar Dokumen Notis Sita Lamborghini
Tak Ada Lesen Sah, JPJ Sita Lamborghini Milik ‘Content Creator’ Warga Asing
“JPJ WPKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang.
“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” menurut kenyataan itu, petik Berita Harian.
Terdahulu, seorang content creator warga China merupakan salah seorang pemilik kenderaan yang ditahan untuk pemeriksaan Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsar.
Dia dan teman wanita dalam perjalanan pulang ke rumah di Damansara Heights bersama teman wanitanya selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.