Taktikal between the lines oleh Real Madrid membuatkan Manchester City pening.

Dalam perlawanan berlangsung di Bernabeu, Ancelotti membuatkan barisan pertahanan dan tengah Man City jadi keliru.

Sama ada lawan mereka melakukan high pressing atau sebaliknya.

Ini kerana garisan pertahanan Real Madrid adalah tidak tinggi. Tetapi jarak penekan (pressurer) mereka di bahagian atas sangat tinggi.

Biasanya pasukan yang melakukan high pressing akan bergerak secara unit untuk membekalkan sokongan dari bawah atau depth support.

Tidak untuk Real Madrid, Kylian Mbappe dan Vinicius diarahkan berada di garisan tinggi untuk menerima bola.

Taktikal between the lines

Dan ketika Man City memiliki penguasaan bola hanyak 2 atau 3 pemain sahaja yang mengenakan tekanan yang tidak terlalu tinggi, namun secukupnya untuk menghukum Man City apabila mereka melakukan kesilapan.

Tiada margin untuk kesilapan, City terus dihukum seawal minit ke-4 oleh Mbappe ketika Ruben Dias terlepas tandukan ketika cuba mengeluarkan bola.

1s

Permainan taktikal between the lines ini sangat menarik.

Between the lines disebut zon 14 atau zon ‘hole’, atau zon antara pemain pertahanan lawan dengan tengah.

ZON 14

Real Madrid seperti sistem 4-2-2-2, wingerless, dalam perlawanan ini. Inilah yang mereka gunakan dalam taktikal between the lines mereka.

asas

gerakan

Di atas kertas mereka dilihat bermain 4-3-3, di dalam perlawanan sebenar, Rodrygo kerap membentuk unit tengah dan membenarkan Mbappe dan Vini berada di garis selari sebagai no.9.

dua 9

Ini adalah contoh blok tekanan atau presing block Real Madrid di zon 14 (lorek kuning Man City).

Dengan sokongan daripada tengah berempat Real Madrid tidak terlalu agresif dalam formasi jelas 4-4-2 ketika bertahan.

taktikal between the lines

Sistem perangkap zon ‘terbiar’/ dry trap tactic

Kesannya pemain City harus membuat keputusan berdasarkan situasi atas padang. Di mana sistem zonal marking mereka perlu ditukar. Kerana Real Madrid menggunakan sistem dry trap tactic.

Ada ruang yang besar dibiarkan di tengah yang membuatkan City tidak pasti sama ada perlu mengisi ruang itu atau mengabaikannya.

Kerana jika dibiarkan ia akan menjadi pencetus ancaman secara mengejut. Dan jika ia dikawal, mereka khuatir ancaman dari bahagian sayap.

Ini selepas Mbappe berkali kali menyerang garisan tinggi zonal marking mereka menggunakan platform ini.

dry trap

Ketika ini pemain yang akan mencorakkan (organizing) sendiri permainan ketika menilai sistem permainan yang mereka rancang tidak sesuai dengan sistem lawan.

Kerana jika mereka bergerak secara unit ke garisan tinggi mereka akan diancam oleh 2 pemain Real Madrid yang aktif menyerang ‘hole’ dengan taktikal between the lines.

Lalu City menggunakan sistem kawalan pemain ke pemaian (man on man marking) ke atas Mbappe dan Vinicius. Dan pemain lain membentuk unit serangan ke atas.

Dan jelas, 2 bek Man City memutuskan untuk bermain sistem man to man marking. Dan ianya membuatkan merek tidak selari dalam perangkap ofsaid di garisan tinggi.

high line

Sistem ini membuatkan Man City kerap memberikan ruang besar di antara garisan tengah dan pertahanan. Dengan pasukan mereka tidak berada dalam prestasi terbaik, Real Madrid ada keyakinan tinggi untuk menyusahkan mereka.

Rumusan

Ancelotti mengejutkan Guardiola dengan sistem permainan yang berorientasikan teknikal pemain berbanding dengan cuba bersaing secara zonal atau unit di sesuatu zon.

Mbappe selayaknya menjadi MOTM dalam perlawanan ini kerana dia efektif menghukum Man City dalam setiap kesilapan besar dilakukan pasukan itu.

Pada masa yang sama mobiliti dan kelincahan dia dan Vinicius membuatkan pemain City terpaksa menukar sistem taktikal mereka secara mengejut dalam sistem taktikal between the lines yang sangat efisien.

Akhirnya City tersingkir awal daripada pusingan play off ke kalah mati UCL 2024/25.