Selain daripada sikap pemandu yang cuai dijalan raya, faktor jalan rosak juga menjadi penyumbang utama kemalangan jalan raya di Malaysia

Semalam kecoh di media sosial mengenai berita yang melibatkan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh seorang wanita terperosok masuk ke dalam satu lubang yang berpunca daripada tanah mendap.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian berlaku di Jalan Maharajalela pada jam 11.35 malam semalam yang melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning yang dipandu sendirian oleh seorang wanita.

Namun begitu, pemandu wanita terbabt tidak mengalami sebarang kecederaan. Kerja-kerja membaik pulih jalan yang mendap itu telah dijalankan seawal pagi ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam tular di laman Twitter, di mana seorang pengguna Twitter, @HafizShukaime memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan kejadian tersebut berlaku dan menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan laluan tersebut ekoran kejadian itu

Di ruangan komen perkongsian tersebut, seorang lagi netizen turut berkongsikan rakaman kereta tersebut dinaikan oleh sebuah kren.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati berlaku kejadian tanah mendap sekitar tiga meter persegi keluasannya di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew.

Rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka terhadap keadaan yang menimpa mangsa kejadian tersebut.

https://twitter.com/cullen_farrah/status/1198646806453706753

Namun, tidak kurang juga yang berjenaka tentang insiden yang berlaku ini kerana melibatkan kereta Myvi. Ini kerana kereta Perodua Myvi dianggap kereta legend di Malaysia.

https://twitter.com/pokkeboq/status/1198640895739887620

Namun begitu, jenaka seperti ini tidak patut dilakukan kerana ianya melibatkan nyawa seseorang. Diharapkan kita akan lebih berhati-hati dan lebih sensitif dalam sesuatu perkara.

Terdahulu, sebuah kereta Perodua Myvi terlibat dalam satu kemalangan di Thailand sehingga meragut nyawa 5 orang rakyat sana. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pemandu Myvi Yang Kemalangan Di Thailand Dilaporkan Tidak Mempunyai Lesen Memandu

Netizen Terpegun Dengan Skil Pemandu Myvi Ini Untuk Elak Bayar Tol

Yang Di-Pertuan Agong Periksa Kemalangan Di Dua Lokasi Berbeza Sekitar Putrajaya