Dengan kehadiran teknologi seperti AI telah membuatkan segala pencarian boleh dibuat di hujung jari sahaja dengan usaha yang sedikit.

Pada hari ini, segala kerja dibuat dengan AI sehinggakan sudah tidak ada ‘jiwa’ pada hasil kerja yang dilakukan sekaligus kelihatan sama sahaja pada dasarnya.

Bagaimanapun, seorang pengguna platform Threads memperlihatkan satu hasil penulisan tesis yang dilakukan oleh pelajar pada zaman 1900-an dahulu kala yang mana masih tiada lagi teknologi seperti komputer apatah lagi AI pada ketika itu.

Menerusi gambar yang dikongsikan, tesis yang berjaya dibukukan bertajuk ‘The Malay Houses In Malaysia’ hasil tulisan Chan Fook Long ini mempamerkan betapa hebatnya hasil grafik dan penulisan yang bagus walaupun kekurangan sumber atau teknologi.

Bertajuk ‘The Malay Houses In Malaysia’

tesis
Sumber Gambar: Threads

Kelihatan illustrasi rumah-rumah tradisional melayu yang dilukis dengan teliti yang dipercayai menggunakan pen dan beberapa peralatan lain.

tesis
Sumber Gambar: Threads

Tulisan tangan selawa typewriter

Apa yang menarik perhatian ramai adalah penerangan yang jelas bertulis tangan dengan gaya yang cukup menawan seumpama menggunakan typewriter.

tesis
Sumber Gambar: Threads

Walaupun sudah berabad lamanya, buku tesis itu masih tersimpan rapi dan setiap muka surat masih berisi kandungan dengan jelas tanpa sebarang cacat cela.

Tiada guna AI tetapi hasil yang mantap

Meninjau ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan ras kagum melihat hasil kerja pelajar pada 1980-an yang cukup teliti dan kemas walaupun tidak menggunakan sebarang teknologi canggih termasuklah mencari maklumat yang pasti perlu dibuat secara manual pada ketika itu.

Menariknya, ada yang berkongsi beberapa naskah tesis hasil kerja keluarga terdekat yang turut menampilkan tulisan dan grafik klasik yang menarik padanya.

Selain memuji akan hasil kerja yang cukup mantap itu, ramai pula terinspirasi untuk mempunyai tulisan tangan yang menarik walaupun majoriti urusan pada hari ini sudah beralih ke papan kekunci.