Sejak diumumkan pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, teka teki tarikh pilihan raya sering kali dibincangkan di kalangan orang ramai. Hal ini sekaligus bakal membolehkan para rakyat menyusun jadual untuk membuang undi pada hari berkenaan.
10 hari dinantikan, pada hari ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menerusi sidang media Pilihan Raya Utama Ke-15 memaklumkan hari pengundian bakal dilangsuungkan pada 19 November 2022.
Baca Juga:
- PM Umum Bubar Parlimen Berkuat Kuasa Hari Ini, Tarikh Pilihan Raya Tertakluk Kepada SPR
- Situasi Politik Yang ‘Mengecewakan’ Buat Agong Perkenan Untuk Bubar Parlimen
PRU15
Hari Mengundi : 19 Nov 2022
Hari Mengundi Awal : 15 Nov 2022
Hari Penamaan Calon : 5 Nov 2022
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 20, 2022
Tarikh penamaan calon bakal dibuat pada 5 November 2022 manakala tarikh bagi pengundian awal bakal dilangsungkan pada 15 November 2022.
PRU-15 yang bakal berlangsung pada kali ini nampaknya sedikit berbeza berbanding PRU yang dilangsungkan sebelm ini apabila hanya tiga negeri bersetuju untuk membubarkan DUN iaitu Perlis, Pahang dan Perak sekaligus membolehkan PRN diadakan serentak dengan PRU-15.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan dianjurkan untuk membuat undi mengikut alamat yang ditetapkan. Para pengundi berpeluang menyemak kawasan pengundian dengan klik di sini.