Pada hari ini peluang mencari lepasan universiti mahu mencari pekerjaan agak sukar memandangkan persaingan pasaran yang sangat sengit.
Baru-baru ini netizen menemukan tawaran pekerjaan ‘tak masuk akal’ apabila menawarkan posisi junior pemasaran digital dengan gaji RM1,750 sahaja, namun junior itu perlu membuat pelbagai tugasan kerja.
Antara tugasan kerja yang perlu dilakukan adalah berperanan utama sebagai pakar pengiklanan, buat perancangan pengiklanan berbayar online, merancang serta memantau konten dalam media sosial, memastikan capaian iklan untuk setiap kempen dioptimumkan dan pelbagai lagi.
Buka facebook je dah baran. RM1750 untuk position digital marketing?
Job scope kemain kena handle Ads, Graphic Design, content creation, copywriting, advertising ya Allah kak. Kesian la sikit kat orang.
Rasa macam sia-sia je ambik degree kalau macam ni😔 pic.twitter.com/ZOPCCD60fS
— Najwa Z (@najwaznd) July 20, 2024
Menurut seorang pengguna X.com, tugasan-tugasan kerja yang disenaraikan itu bukanlah untuk Junior Pemasaran Digital bagi lepasan graduan.
Sebaliknya kesemua tugasan yang disenaraikan itu melibatkan 6 orang pekerja yang melibatkan Eksekutif, Pengurus, Copywriter, Pencipta Konten dan Pembeli Iklan.
Nak tau kerja sebenar JUNIOR Digital Marketer apa? Ha ni aku dah betulkan.
Yg lain tu sebenarnya kerja Executive, Manager, Copywriter, Content Creator dan Ad Buyer.
Sedap betul tekak bayar RM1750 dapat seorang buat kerja 6 orang. Dia letak “JUNIOR” tu sbb. nk bayar murah. https://t.co/wFOrPhODwa pic.twitter.com/BCgcEUdZ9G
— Nazri Ishak 🇲🇾 (@techsupremo) July 21, 2024
Menurut netizen yang lain, tugasan-tugasan yang diberikan memerlukan kepakaran daripada individu-individu yang sudah lama berpengalaman.
Dalam masa sama orang ramai berharap ada wakil kerajaan dapat memantau syarikat-syarikat yang cuba mengeksploitasi lepasan universiti.