Bulan Ramadan yang penuh barakah sudah menjelma dan berbaki beberapa minggu sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pastinya banyak persiapan yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan baik dari segi ibadah, hidangan untuk berbuka seisi keluarga dan juga persiapan sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Di sebalik semangat tinggi umat Islam dalam mengerjakan ibadah, Grab berbesar hati ingin mengadakan tawaran istimewa khususnya buat mereka yang mahu mengerjakan ibadah Umrah.

Seperti ramai sedia maklum, Umrah yang juga dikenali sebagai ‘Haji kecil’ merupakan impian buat seluruh umat Islam yang beriman.

Berpeluang untuk menjadi tetamu Allah di Masjid Haram, Makkah untuk menunaikan Tawaf, Saie serta solat berjemaah akan dikurniakan pahala yang dilipatgandakan.

Selain itu, Allah turut menjanjikan pahala buat individu yang menunaikan Umrah pada bulan Ramadan seakan menunaikan Haji.

Berbelanja dengan Grab untuk berpeluang menunaikan Umrah

Menerusi tempahan penghantaran makanan, barangan mahupun menggunakan servis GrabCar, anda berpeluang memperoleh diskaun kod promo ‘UMRAHGRAB’.

Lebih menarik, para pelanggan turut berpeluang menyertai Ramadan Challenge di mana setiap transaksi yang dibuat, para pelanggan berpeluang mendapat satu cabutan untuk hadiah utama bagi challenge ini adalah sepasang tiket untuk mengerjakan Umrah!

Bukan itu sahaja, khas buat mereka yang menggunakan kod ‘UMRAHGRAB’ untuk pesanan GrabFood Group Order, anda berpeluang menerima sebanyak tiga cabutan. Menarik bukan?

Nak tahu apa lebih best? Grab bukan sahaja menawarkan sepasang tiket serta pakej untuk mengerjakan ibadah Umrah, malah sebanyak 5 pasang tiket serta pakej ditawarkan.

Lebih tinggi peluang buat para peserta berpeluang untuk mengerjakan ibadah Umrah ini! Apa tunggu lagi, mungkin inilah masanya untuk anda menggunakan GrabFood Group Order bersama keluarga atau rakan-rakan sepejabat anda.

Tawaran terhad ini bakal berlangsung daripada 18 Mac sehingga 31 Mac ini sahaja. Apa tunggu lagi, mungkin inilah masanya untuk anda menggunakan GrabFood Group Order bersama keluarga atau rakan-rakan sepejabat anda.

Membantu umat Islam bersedekah dengan lebih mudah

Sudah menjadi tuntutan buat umat Islam untuk mengerjakan ibadah puasa serta memperbanyakkan ibadah-ibadah lain dalam memperoleh keberkataan di sisi Allah.

Antara ibadah yang turut dituntut termasuklah memberi makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan fakir.

Bersempena bulan Ramadan ini, Grab sedia membantu untuk memudahkan anda untuk membuat infak yang sekaligus melipatgandakan amalan anda pada bulan ini.

Menerusi inisiatif yang diperkenalkan, anda berpeluang menukar GrabRewards sebagai sumbangan untuk pelbagai komuniti mengikut pilihan anda.

Menariknya, pihak Grab akan memadan nilai setiap sumbangan GrabRewards yang dibuat sepanjang bulan Ramadan dan Raya ini.

Dalam erti kata lain, Grab bukan sahaja tempat untuk anda memesan makanan atau barang dapur bagi tujuan berbuka atau sahur, sebaliknya Grab menjadi platform all in one di mana anda boleh membayar bil, shopping untuk kelengkapan raya dan sebagainya.

Ayuh guna aplikasi Grab sempena Ramadan dan Raya ini! Di samping membuat amal jariah, anda turut berpeluang menunaikan Umrah sekiranya rezeki berpihak kepada anda.

Ketahui info lebih lanjut mengenai tawaran yang tersedia di Grab sempena Ramadan dan Raya tahun ini, anda boleh klik di sini.