Jika anda bercita-cita atau masih ingin terbang ke angkasa lepas melihat bulan bintang, penantian anda berakhir tidak lama lagi.

Hal ini kerana Jeff Bezos atau lebih dikenali dengan CEO Amazon baru-baru ini telah bekerjasama dengan syarikat Blue Origin bagi menyediakan sebuah kapal angkasa yang bukan sahaja ditawarkan buat para angkasawan, malah bakal dibuka kepada orang ramai.

Seperti juga tempahan tiket kapal terbang, pengguna bakal berpeluang untuk mendapatkan tiket ke angkasa lepas. Bezanya, harganya agak ‘tinggi’ pada kali ini sesuai dengan jaraknya yang berlepas 100 kilometer daripada bumi.

Melalui pengembaraan ke angkasa lepas ini, pengguna berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman berada di tempat zero gravity selama 4 minit menjadikan pengembaraan pergi dan pulang ini selama 11 minit. Faktor keselesaan dan keselamatan antara diutamakan seperti yang diumumkan syarikat ini.

Dikhabarkan kapal angkasa Blue Origin ini sedang di dalam persiapan fasa terakhir dan kemungkinan bakal membuat penerbangan pertama seawal tahun depan.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang pengumuman rasmi mengenai harga tiket untuk terbang ke angkasa, walaubagaimanapun ArsTechnica menganggarkan harga bagi satu tiket bakal bernilai sebanyak RM442,550.00 hingga RM885,100.00. Mungkin ini pengalaman 11 minit paling ‘mahal’ anda boleh belanjakan ketika ini.

Sumber