AS dikatakan sedia berunding dengan Iran di Rom berkaitan dengan pembangunan nuklear di negara tersebut.
Ianya jelas bertentangan dengan kehendak Tel Aviv yang mahu melakukan operasi ketenteraan di negara tersebut.
Tel Aviv kecewa tindakan AS
Tel Aviv terkilan tindakan sekutu kuat mereka Amerika Syarikat yang menolak untuk menyokong rancangan mereka menyerang Iran. Amerika kini malah sedia mengadakan perbincangan isu nuklear itu di Rome.
Iran dan Amerika Syarikat telah memulakan pusingan baharu rundingan nuklear secara tidak langsung di Rom pada 19 April 2025, dengan Oman bertindak sebagai perantara, menurut Reuters.
Rundingan ini bertujuan untuk menyelesaikan ketegangan lama mengenai program nuklear Iran, di tengah-tengah ancaman Presiden AS Donald Trump untuk mengambil tindakan ketenteraan jika diplomasi gagal.
Iran optimis rundingan di Rom boleh capai kesepakatan
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, menegaskan komitmen Tehran terhadap diplomasi dan menuntut perjanjian yang menghormati hak nuklear Iran serta membawa kepada penghapusan sekatan.
Abbas juga optimis kesepakatan akan dicapai dengan syarat Washington bersikap realistik dan tidak meletakkan syarat tidak masuk akan.
Sementara itu, Trump menegaskan pendiriannya menentang pembangunan senjata nuklear oleh Iran tetapi menyatakan hasrat untuk melihat negara itu lebih makmur.

Namun, beliau telah mengembalikan strategi “tekanan maksimum” sejak kembali ke pejabat presiden AS buat kali kedua dalam sejarah karier politiknya.
Iran menuntut jaminan bahawa Trump tidak akan menarik diri daripada perjanjian baharu jika beliau dipilih semula sebagai presiden.
Dan mengingatkan Trump tentang pendirian presiden itu pada 2018 untuk membatalkan perjanjian nuklear 2015. Namun telah mengenakan semula sekatan pada 2018. Tehran juga menolak untuk mengehadkan program peluru berpandunya dan menegaskan hak untuk mengekalkan infrastruktur nuklearnya.
Tel Aviv terkilan dan tak percayakan rundingan dengan Iran
Kini Is**el dikatakan tidak setuju dan skeptikal terhadap keberkesanan rundingan kali ini. Tel Aviv berkeras masih mempertimbangkan serangan skala kecil ke atas kemudahan nuklear Iran. Atas alasan untuk menghalang Tehran daripada memperoleh senjata nuklear.
Namun cadangan ini dibantah oleh Washington dan beberapa negara Eropah lain. Is**el terkilan kerana tiada sokongan AS telah menyatakan bahawa mereka yakin akan dapat menyerang Iran tanpa bantuan negara lain.
Namun pada masa yang sama mahukan jaminan AS dari segi keselamatan. Di mana AS digesar berikrar untuk segera menghantar bantuan jika Iran bertindak balas dengan ganas, kata mereka.