Erik Ten Hag menegaskan  bahawa ‘tidak pernah gembira apabila melukai hati orang yang kita sayang’. Beliau merujuk kepada FC Twente yang akan menjadi lawan Man United pada aksi UEL berikutnya.

FC Twente adalah kelab yang disokong oleh Erik Ten Hag sejak dari kecil.

Ten Hag berkata: “Semua orang tahu saya peminat FC Twente. Dan inilah bagaimana cara saya menonton aksi mereka. Bukannya dengan mata yang analitik.

“FC Twente banyak berjasa kepada saya. Saya berlatih di sana sebagai pemain akademi. Ada banyak sejarah saya bersama dengan mereka.

“Dan kalau boleh, saya nak lawan pasukan yang lain. Sebab apa? Kerana, tidak pernah gembira rasanya jika kita melukai perasaan seseorang yang kita sayangi,” tegas beliau.

Ten Hag kemudian setuju dengan rungutan Rodri sebelum ini di mana ketika ini jadual terlalu padat. Sehingga terbaru Rodri disahkan mengalami ACL dan dijangka terlepas baki musim ini.

Ten Hag menjelaskan: “Ya, terlalu banyak perlawanan dan terlalu banyak pertandingan, ini jelas sekali.

“Pemain pemain terlalu terbeban. Ini tidak bagus untuk bola sepak. Namun semua ini mungkin kerana kewangan semata mata,” jelas pengendali Manchester United itu.

Sumber