Seorang pempengaruh, Hakimi Nuzihan media sosial menuding jari kepada hutang PTPTN sebagai punca utama Gen Z tidak mahu belajar sampai ke Universiti.

Ketika ini terdapat kerisauan di kalangan masyarakat tentang generasi muda hari ini yang semakin hilang keinginan untuk belajar.

Misalnya baru baru ini, kira kira 10,000 orang calon SPM tidak hadir ke dewan peperiksaan.

Seterusnya, semakin ramai anak muda hari ini yang tidak mahu melanjutkan pelajaran atas alasan mahu bekerja pada usia lebih awal.

Dan seorang pempengaruh media sosial berkata: “Jangan salahkan GenZ je tak nak belajar Universiti.

“Diorang dah tengok abang kakak dia, Hutang PTPTN RM50k Gaji RM1,800 [sebulan].

'Tengok Abang Kakak Hutang PTPTN Sampai RM50K Punca Gen Z Tak Nak Sambung Belajar'

“Something wrong somewhere [ada benda yang tak kena di sebaliknya].”

Netizen berbelah bagi dalam memberikan pandangan. Ada yang mengambil pendekatan menerima pandangan dan pada masa yang sama tidak bersetuju sepenuhnya.

Seorang netizen berkata: “Ada betul apa yang diperkatakan. Cuma kita kena ambik masa untuk renung kembali. Jika dilihat pada nilai pinjaman PTPTN, memang akan murung, tetapi cuba lihat manfaat ilmu yang bakal diperolehi. Pendidikan adalah pelaburan.”

Seorang lagi berkata: “Betul. Saya menguruskan promosi dan pengambilan TVET MARA khususnya Institut Kemahiran MARA Johor Bahru, tahun ini yang memohon ramai di kalangan yang layak ke matriks dan Uni. 6A sehingga straight A. Ramai.

“Yang tak ada A- tapi keputusan baik banyak B sehingga 5A tu jangan ceritalah. Tersangatlah ramai. Peluang kerjaya confirm, dan penjimatan dari segi ekonomi.”

Ada juga yang berpandangan bahawa itu cuma alasan. Kerana jarang anak muda yang mahu belajar terlalu berfikir soal hutang PTPTN.

Kemudian ada juga yang menasihati ibu bapa agar sentiasa menyimpan wang untuk kegunaan anak mereka untuk melanjutkan pelajaran kelak agar tidak terbeban dengan hutang pendidikan.

Hakimi kemudian merasakan ada yang ramai salah faham tentang kenyatannya. Dia berkata: Jangan salah faham saya bukan menidakan pinjaman PTPTN. Saya juga ada pinjam PTPTN sebab saya nak belajar Optometry namun saya tak dapat UPU. Dan habis dah pun bayaran PTPTN saya.

“Isu dia berapa banyak course di university tu tak ada potensi dalam alam pekerjaan pun. Kalau kursus tu tak laku dan terlalu banyak yang sediakan kursus ni akan jadi over supply dalam graduan. Sebab tu ramai lepas keluar dari university tak tak dapat kerja dalam bidang yang dia belajar.

“Kalau dapat sekali pun gaji murah sebab limpahan graduan yg ada sama ijazah dengan dia. Kalau kita nak improve masyarakat kita bukat serang gen z shj. Ini masalah keseluruhan sistem pendidikan.