Sebuah Audi TT terbabas melanggar Proton Persona, lalu melanggar tiga lagi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di Jalan Serigala, Johor Bahru.
Kejadian itu berlaku lebih kurang jam 7.15 petang. Kereta jenis Audi TT itu sedang bergerak dari arah Jalan Dato Sulaiman.
Baca Juga:
- “That’s Your Problem’ – Langgar Lari Pelajar Di Penang, Wanita Vietnam Enggan Tanggungjawab
- Wanita Warga China Ceroboh Depoh Tunda MPAJ, Bawa Lari Kereta
- Hilangkan Diri Selepas Langgar Lari, Pemandu BMW Didenda RM5,500
Memetik kenyataan rasmi Polis Daerah Johor Bahru Selatan, semua pemandu tidak mengalami kecederaan serius. Bagaimanapun pemandu Audi terbabit tidak dapat dijumpai selepas kemalangan.


“Sehingga kini pemandu Audi TT masih belum hadir membuat laporan kemalangan jalan raya.
“Pihak polis menyeru agar pemandu terlibat untuk hadir ke bahagian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Bin Selamat.

Kes tersebut disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan, katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hasrin Abd Rahman menerusi talian 019-7767756.