Pada bulan April lalu, laman carian kerja Tesla itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur selepas beberapa minggu Tengku Zafrul mengesahkan jenama kereta elektrik itu bakal beroperasi di Malaysia kelak.

Baru-baru ini, Twitter @paultantk berkongsi info terkini di mana Tesla Malaysia bakal mengadakan ‘Hari Pengrekrutan Secara Walk-In‘ pada minggu hadapan.

Artikel Berkaitan:

Sumber Gambar: Twitter @paultantk

Bagi yang berminat untuk mengembangkan kerjaya dengan syarikat dari US itu, bolehlah hadir pada 17 Jun (Sabtu), 12 tengah hari hingga 4 petang, bertempat di Cyberview Sdn Bhd office Level 4, Block 3750 Cyber 8, Persiaran Apec, Cyberjaya.

“Apa yang anda perlu lakukan ialah membawa bersama resume bercetak dan pergi ke tempat dinyatakan pada hari tersebut. Temuduga bakal diadakan di situ. Pra-pendaftaran tidak diperlukan,” petik ciapan Paul Tan.

Sumber Gambar: Laman Web ‘Tesla Career’

Sementara itu, laman carian kerja Tesla telah menambah menambah beberapa jawatan baharu berbanding bulan April lalu. Antara jawatan kosong itu adalah Senior HR Partner, Parts Advisor, Vehicle Technician, Service Manager dan pelbagai lagi.

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan melalui laman web tersebut, pemohon perlulah memohon di laman web itu dengan memuat naik resume secara online.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.