Isu haiwan ternakan dibiar berkeliaran di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam masih tidak terkawal.
Sehubungan itu, kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif untuk mewajibkan semua haiwan ternakan wajib didaftarkan dan dipasang tag yang ada QR Code mengandungi maklumat pemilik.
Baca Juga:
- 76 Peratus Rakyat Terengganu Alami ‘Obesity’
- ‘Bukan Nak Menyusahkan Rakyat’ – Terengganu Haramkan Vape Sepenuhnya Bermula 1 Ogos
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Datuk Dr Azman Ibrahim menerusi laman Facebook peribadinya.
“Lembu, kerbau dan kambing yang tak ada tag ibarat kereta motor yang tidak ada nombor plat.
“Berjalan atas jalan tanpa ada tuan. Mana-mana ternakan yang tak ada tag boleh disita dan dilelong,” katanya.
Langkah itu akan berada di bawah Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan bagi mengawal selia kegiatan penternakan.