Selaras dengan sasaran kerajaan mahu menawarkan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang baik, rangkaian 5G secara khususnya sudah mulai diperluaskan dengan giatnya di sejumlah negeri.
Menerusi laporan Bernama, liputan rangkaian 5G akan ditawarkan di Terengganu bermula 2023. Sebanyak sembilan lokasi yang telah dipilih untuk menerima rangkaian pada peringkat awal ini.
Baca Juga:
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
Liputan 5G akan dimulakan di sembilan lokasi iaitu Wisma Darul Iman, Bangunan TD1303, bangunan baharu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Terengganu City Center Mall (KTCC), Pasar Payang, Mayang Mall di Kuala Terengganu dan Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.
Difahamkan lebih banyak kawasan akan boleh menikmati internet berkelajuan tinggi pada masa kelak. Setakat ini, tidak semua syarikat telekomunikasi yang menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggan sedia ada di samping pengguna iPhone juga masih menanti sokongan 5G di Malaysia.