Sebut sahaja nama Karam Singh, pasti ramai orang teringat tangan beliau yang bergerak-gerak sambil berpantun spontan di kaca television.
Setelah lama ‘pencen’, imej terbaharu Karam membuatkan ramai orang berasa gembira dapat melepaskan rindu terhadapnya.
Baca Juga:
- Wartawan China ‘Interview’ TPM Guna Bahasa Melayu Buat Netizen Terpukau
- ‘Tak Tahu Ada Wartawan Tunggu, Kenapa Salahkan Saya?’ – Putri Ariani
- Gelagat Timbalan Menteri ‘Sidai’ Wartawan Untuk Raikan Gol Buat Netizen Ketawa
Menerusi perkongsian video TikTok @justmimyyy, Karam dirakam berpantun sambil duduk bersama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
@justmimyyy Siapa masih ingat legenda wartawan negara ni? #karamsinghwalia #wartawan #journalist
“Dari bukit sampai ke gunung,
Marilah kita jangan termenung,
Sampai satu hari nanti kita tenung,
Janjikanlah apa yang perlu dibuat sampai habis pahlawan direnung,” kata Karam.
Video pendek itu meraih perhatian netizen yang sudah lama tidak nampak Karam Singh di kaca tv.
Netizen menyatakan Karam merupakan idola mereka untuk mereka buat yang terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.


Terdahulu, Karam Singh menerima lawatan Teo Nie Ching, di kediamannya di Taman Sri Andalas. Lawatan itu turut disertai Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj.
Kehadiran Timbalan Menteri Komunikasi itu bagi menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Karam.
Beliau juga menerima sumbangan barangan daripada Syarikat Pusat Pakaian Hari-Hari dan AEON Big.
Menurut Nie Ching, Karam adalah penerima ke-103 inisiatif Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Kira-kira 90 pengamal dan bekas pengamal media disasar untuk disantuni menjelang akhir tahun ini.
Untuk makluman, Tabung Kasih@HAWANA diwujudkan sempena sambutan HAWANA 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media yang keuzuran atau memerlukan bantuan. Tidak kira sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun sudah bersara.
Inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilaksanakan menerusi Bernama.
Dalam pada itu, memetik Berita Harian, Karam memesan kepada wartawan muda untuk terus memperjuangkan isu rakyat dan bukan mengejar populariti. Pada masa sama bukan merungut tentang perkara remeh-temeh yang tidak memberi sebarang faedah kepada diri mereka.