Mendapat sambutan yang hangat pada bulan Ramadan yang lalu, IKEA Malaysia kini bawa kembali buffet sempena Krismas mulai 22 Disember hingga 23 Disember 2022.
Untuk pengetahuan anda, buffet istimewa ini akan ditawarkan mulai jam 6 petang hingga 8.30 malam sahaja. Akan tetapi, anda perlu membeli tiket terlebih dahulu di Swedish Restaurant dan juga Swedish Food Market.
Baca Juga:
- Gadis Ini Kongsi Menu Baharu Dan ‘Best Selling’ Yang Anda Boleh Cuba Sekarang Di IKEA
- IKEA Dedah Resipi Rahsia ‘Swedish Meatballs’ Lazat Yang Pasti Buat Anda Teruja
- IKEA Bakal Jual Perabot ‘Second-Hand’ Tidak Lama Lagi
Sebelum terlupa, barisan untuk buffet akan ditutup 15 minit sebelum masa yang ditetapkan iaitu pada jam 7 malam. Harga tiket buffet adalah RM49.90 untuk dewasa, RM19.90 untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas dan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun.
Malah, setiap pembelian tiket buffet dewasa akan mendapat baucar IKEA bernilai RM10 secara percuma. Walau bagaimanapun, menu buffet IKEA masih belum diketahui tetapi pasti ramai mahukan menu ‘Swedish Meatball’ ada.