Selepas ke Singapura, kini Bill Gates kini datang bertandang ke Indonesia dengan misi mahu menyelesaikan isu kesihatan global dan mengukuhkan hubungan dengan individu berpengaruh di Asia Tenggara.
Memetik detiknews, Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa pengasas Microsoft dan tokoh filantropi global, Bill Gates, sedang membangunkan vaksin untuk penyakit Tibi (Tuberculosis) di peringkat global. Indonesia akan menjadi salah satu lokasi untuk ujian klinikal vaksin tersebut.
Beri sumbangan sejak tahun 2009

Perkara itu dinyatakan oleh Prabowo dalam ucapannya semasa bertemu Bill Gates di Istana Merdeka, Jakarta, Rabu (7 Mei 2025). Prabowo pada mulanya mengucapkan terima kasih kepada Bill Gates atas dana hibah yang diberikan kepada Indonesia sejak 2009 yang berjumlah lebih daripada USD 159 juta bersamaan RM665.82 juta.
“Saya sampaikan kepada hadirin bahawa anda telah membantu kami secara langsung dalam bentuk sumbangan langsung. Lebih daripada 159 juta dolar AS sejak 2009,” kata Prabowo.
Prabowo mendedahkan bahawa sebahagian besar dana hibah itu diperuntukkan untuk sektor kesihatan terutamanya seperti vaksin.
“Sebahagian besar untuk kesihatan. Terutama perkara-perkara strategic seperti vaksin, vaksin polio, bantuan beliau sebanyak Rp 1.3 trilion dan sekarang Bio Farma kita salah satu pengeluar, 2 bilion dos vaksin setiap tahun dan ini untuk dimanfaatkan oleh 42 negara di seluruh dunia. Digunakan oleh 902 juta orang,” ucap Prabowo.
Mahu bangunkan teknologi perbuatan baharu

Prabowo mendedahkan bahawa Bill Gates sedang membangunkan teknologi pembuatan vaksin, salah satunya untuk penyakit Tuberkulosis (TBC). Indonesia, katanya, akan menjadi salah satu tempat ujian vaksin tersebut, terutamanya kerana kes TBC di Indonesia masih menjadi penyakit yang agak parah dan membawa maut.
“Jadi perkara-perkara seperti ini, belum lagi vaksin lain teknologi mRNA dan teknologi-teknologi pembuatan vaksin yang luar biasa terutamanya beliau sedang membangunkan vaksin TBC untuk dunia, tetapi Indonesia akan menjadi salah satu tempat yang akan diuji coba,” ujarnya.
“Kita mengetahui bahawa TBC meragut nyawa kita dengan jumlah yang cukup besar, hampir 100,000 setiap tahun dan itu tekad kita untuk menurunkannya dan beliau menunjukkan komitmen beliau untuk terus membantu kita dalam bidang itu juga, untuk beliau sedang membangunkan vaksin malaria,” sambung Prabowo.

Prabowo mendedahkan komitmen Bill Gates secara umum untuk membantu mengawal penyakit berbahaya di Indonesia.
“Jadi pada dasarnya, saya sampaikan kepada mereka semua tentang komitmen anda untuk membantu kami mengawal penyakit-penyakit yang sangat berbahaya ini yang endemik di negara kita. Dan kejayaan vaksin polio. Dan kami menantikan penemuan dalam malaria dan TBC. Yang saya kira tidak akan terlalu jauh di masa depan,” ucapnya.