Seorang mat saleh berkongsi kisah bagaimana beliau boleh jatuh cinta dengan kuih karipap, kuih yang sinonim sebagai juadah sarapan dan pencuci mulut di kalangan rakyat Malaysia.
Darren Cronian, seorang warga England yang tinggal di Malaysia berkongsi awal mula beliau boleh terjebak dengan kuih karipap.
Baca Juga:
- 5 Negara Yang Rakyatnya Paling Malas Jalan Kaki Di Dunia, Ada Malaysia?
- Sorok Dalam ‘Kapcai’, ICA Patahkan Cubaan Seludup Rokok Dari Malaysia
- ‘Indonesia Perlukan Kasino, Kena Belajar Dengan Malaysia & UAE’
Mat Saleh Gila Karipap


“Tidak ramai yang mengetahui perkara ini tetapi semasa pandemik saya terkandas di Malaysia. Saya cuba dapatkan penerbangan tetapi ia sama ada dibatalkan atau negara itu menutup sempadan.
“Saya akhirnya tinggal selama 14 bulan! Semasa di sini saya ketagih dengan Karipap.
“Setiap pagi, saya akan pergi ke MyNews di kondo saya dan membeli dua karipap dengan kopi.

“Ia sampai ke tahap di mana wanita itu dapat melihat saya berjalan ke arah kedai dan akan menyediakan karipap dan kopi untuk saya,” tulis Darren di Threads.
Mat saleh itu turut menyatakan bahawa karipap IKEA merupakan karipap yang paling sedap baginya.