‘Total lockdown’ telah dilaksanakan disebabkan peningkatan kes penularan COVID-19. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak boleh pulang ke kampung dan terpaksa menahan rasa rindu terhadap keluarga di kampung.
Terbaharu, video-video pengguna TikTok @iamnazirul menjadi perhatian ramai apabila beliau berkongsi keindahan kampungnya. Menurutnya, beliau yang pulang ke kampung sebelum ‘total lockdown’ dan kini terkandas kerana tiada aktiviti merentas daerah atau negeri dibenarkan.
@iamnazirul Aktiviti kampung mengagau ikan di sawah Atuk, masak apa yang sedap ya? #fyp #kampungku #ketenanganjiwa #malaysia
@iamnazirul Sepetang dikampung ku, angin sepoi sepoi bahasa 🌾 #fyp #kampungku #malaysia
Bukan sahaja memaparkan keindahan kampungnya yang terletak di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor tetapi aktiviti yang dilakukannya seperti menggagau ikan mencuri perhatian netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa cemburu melihat pemuda tersebut berada di kampung. Malah, para netizen turut meluahkan rasa rindu mereka terhadap keluarga dan juga kampung.
Para netizen juga kongsikan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika pulang ke kampung. Malah, ada juga netizen yang mahu berkunjung ke Sabak Bernam setelah melihat video yang dikongsikan Nazirul.
Untuk makluman semua, ‘total lockdown’ di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 Jun sehingga 28 Jun 2021.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Kuala Selangor pada pautan di bawah ini.
Lelaki Berbangsa Cina Ini Generasi Terakhir Pengukir Batu Nisan Untuk Muslim Di Kuala Selangor
Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia
Nikmati Percutian Hujung Minggu Bersama Insan Tersayang Di The Kabin, Kuala Selangor