Sabri Yunus dan pasangannya, Angeline Tan ataupun nama penuhnya, Adrini Angeline Tan telah pergi berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Angeline Tan sempat memuat naik gambar kedua duanya ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menunggu untuk berlepas. Sambil meminta semua orang mendoakan urusan mereka suami isteri.

Baca Juga:

Angeline Tan turut berkongsi detik pertama kali dia berada di tanah suci sebagai seorang muslimah.

Angeline Tan bersyukur kerana mendapat kesempatan untuk menunaikan solat di Masjid Nabawi yang menurutnya bersih dan tenang walaupun 24 jam sentiasa dipenuhi orang ramai.

Dan dia turut mendoakan agar semua orang mendapat kesempatan sepertinya untuk menjadi tetamu Allah. Sambil berharap doanya itu dimakbulkan.

“Ramai yang kirim doa pada Angeline. Family, kawan – kawan, sahabat – sahabat artis, team krew yang sama-sama berjuang, kawan yang dalam IG dan lain-lain lagi.”

“Angeline janji. Angeline akan doa dan minta dengan Allah yang Maha Kuasa, Inshallah, semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu Allah.”

“Semoga Allah akan makbulkan semua doa dan permintaan Angeline.”

Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabul pada 14 Oktober 2023 yang lalu.

Mulai kenal sejak dari tahun sejak 31 tahun lalu bermula tahun 1992 dan popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu membuatkan para peminat gembira dengan perkahwinan ini.

Lebih mengujakan, dua individu ini hadir daripada latar belakang agama berbeza sehinggalah Angeline Tan memeluk Islam pada September lalu. Memilih untuk bernikah di Perlis, pasangan ini diijab kabul oleh Mufti Perlis sendiri iaitu Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.