Pada 9 Mac 2020, Tesco Plc telah bersetuju untuk menjual perniagaannya pada CP Retail Development Company Ltd (CPRD) dengan nilai AS$10.6 bilion (RM43.1 bilion).

Penjualan Tesco bagi pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand ini merupakan salah satu strategi Tesco dalam memfokuskan kepada pasaran mereka di UK.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EuPhdSHUUAIz7dD

Terbaharu, kecoh di Twitter apabila gambar pengumuman penjenamaan semula Tesco Malaysia kepada Lotuss tular di media sosial. Menerusi pengumuman tersebut, penjenamaan semula akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ketika ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Tesco Malaysia berhubung perkara tersebut. Untuk pengetahuan anda, Tesco Malaysia dilancarkan pada tahun 2002 dan mempunyai 74 pasaraya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Tesco pada pautan di bawah ini.

Mahu Fokus Pasaran UK, Tesco Sah Jual Operasi Di Malaysia Minggu Depan

Mahu Tumpu Pasaran UK, Tesco Rancang Tutup Operasi Di Malaysia?

Tesco Malaysia Dilaporkan Amal Perhambaan Moden Terhadap Pekerja Asing