Singapura telah menewaskan Jepun dalam memiliki pasport paling berkuasa di dunia, membenarkan kemasukan tanpa visa ke 192 destinasi global, kata Henley Passport Index.

Selepas lima tahun di tempat pertama, Jepun jatuh ke tempat ketiga kerana bilangan destinasi yang boleh diakses pasportnya tanpa visa menurun dengan hanya 189 destinasi sahaja.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Henley Passport Index

Kedudukan Jepun itu turut berkongsi dengan beberapa buah negara lain seperti Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden.

Manakala Malaysia pula berada di tangga ke-11 dengan jumlah kemasukan tanpa visa ke destinasi global sebanyak 180, begitu juga dengan Lichtenstein.

Sumber Gambar: Henley Passport Index

Dengan data dimiliki yang melebihi 18 tahun, Henley Passport Index adalah satu-satunya yang mempunyai data eksklusif daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Indeks itu termasuk 199 pasport berbeza dan 227 destinasi perjalanan berbeza. Dikemas kini setiap suku tahun, Henley Passport Index dianggap sebagai alat rujukan standard untuk warga global dan negara berdaulat apabila menilai kedudukan pasport dalam spektrum mobiliti global.