Syarikat milik adik beradik The Ordinary Baker dan Eclairis mengejutkan ramai pihak apabila berlaku konflik sehingga saman menyaman.
Syarikat cream puff terkenal, The Ordinary Baker menyatakan bahawa mereka mahu mengambil tindakan perundangan ke atas satu lagi syarikat iaitu Eclairis.
Putri Nadira dari Eclairis mengesahkan bahawa The Ordinary Baker mahu menyaman Eclairis sebanyak RM1.5 juta.
Nadira menulis: “Ini bukan sekadar perniagaan. Ini berkaitan keluarga, kepercayaan, ini adalah tentang apa maksudnya untuk hilang segalanya, dan masih ada kekuatan untuk bermula sekali lagi.
“Kami berempat memulakan segalanya dengan kosong, dengan hanya impian, keazaman dan satu ama lain.
“Kami membakar [baked] dengan berhabis tenaga, berkorban masa dengan orang yang kami sayangi, segalanya demi untuk membina sesuatu yang kami percaya.
“Ia tidak sempurna. Tapi ia milik kami. Dan kami pertahankannya bersama-sama. Sehinggalah pada suatu hari, semuanya berubah,”
Nadira meneruskan: “Salah seorang daripada kami membuat keputusan yang menyebabkan kami bertiga tiada pilihan lain selain untuk pergi.
“Kami tak ambil walau satu sen pun. Kami hanya pergi. Dalam diam. Dan kini, kami sedang disaman sebanyak RM1.5 juta.
Sakit rasanya untuk mengatakannya secara terbuka,” kata Nadira yang mempersoalkan di mana logiknya Eclairis disaman sehingga RM1.5 juta?
Putri Nadira menambah: “Ini bukan sekadar saman — ini satu pengkhianatan yang sangat menyakitkan. Lebih perit daripada apa-apa urusan perniagaan. Kerana ini bukan sekadar perniagaan. Ini keluarga. Ini cinta. Ini hidup kami.
“Tapi inilah yang kami tahu — Kesakitan bukan penamat cerita. Kami bersedih. Kami rebah. Tapi kemudian, kami bangkit semula.
“Dengan tangan yang sama yang pernah membina dahulu, kami sedang membina lagi.
“Bukan kerana dendam. Bukan kerana drama. Tapi kerana kami cintakan apa yang kami buat. Kerana kami perlu teruskan hidup. Kerana cerita kami belum tamat.
“Ini bukan kisah meraih simpati. Ini kisah bertahan. Kisah tentang maruah. Tentang ketabahan. Ya, kami kehilangan nama. Tempat. Sebahagian daripada masa lalu. Tapi semangat kami masih ada.
“Kami bermula semula. Kami tak tahu apa yang menanti esok.
“Tapi apa yang saya tahu — kami masih di sini. Masih membakar. Masih bermimpi. Dan kami lakukannya, bersama-sama.
Putri Najiha terkilan dengan tindakan kakaknya yang menurutnya: ‘Tak habis habis la kamu ni kakak, tak senang duduk ya? Kau suka sangat nak menyaman minta duit.
“Apa lagi yang kau tak puas hati?”
Menurutnya, Nadira disaman oleh kakak sendiri kerana dianggap cuma pekerja. Sedangkan Nadira menurutnya, sama sama membangunkan The Ordinary Baker dahulu.
Peminat setia adik beradik tersebut ternyata sedih melihat mereka saling saman menyaman.
Sedih sebab kita memang support and look up to their business from the start. Macam sayang sangat bila jadi macamni sebab suka tengok bisnes orang melayu berjaya lagi pulak adik-beradik naikkan bisnes sama-sama :((
Apa pun semoga semuanya dipermudahkan
— Alin (@syzleenanisa) May 6, 2025