Polis Selangor menganggap, tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang menjalankan kerja kerja pengorekan berhampiran kawasan paip gas bawah tanah yang meletup baru baru ini.
Kejadian yang berlaku di Putra Heights itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk media di luar negara.
Tragedi itu telah mengakibatkan banyak kerosakan harta benda. Kejadian berlaku pada 1 April lalu kira kira 8.10 pagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bertegas bahawa adalah tidak perlu untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang terlibat dalam kerja mengorek tanah di kawasan berhampiran.
Dan siasatan tentang perkara itu masih giat dijalankan semua agensi yang terlibat termasuk polis sendiri. Buat masa ini, polis masih belum mengklasifikasikan kes itu sebagai ada unsur jenayah.
Tiada keperluan dedahkan identiti syarikat kontraktor
Fokus utama ketika ini adalah kepada tempat kejadian bukannya untuk mendedahkan siapa yang terlibat, menurut Datuk Hussein Omar Khan. Kerana semuanya masih dalam proses siasatan.
Jadi buat masa ini beliau menganggap bahawa adalah tidak perlu untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor seperti mana yang dimahukan segelintir pihak.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Hussein berkata: “Apa yang menjadi fokus ketika ini adalah tempat kejadian, bukan mendedahkan siapa terlibat sebab ini lebih kepada siasatan.
“Siasatan pun belum klasifikasikan apa-apa jenayah, sebab itu disiasat di bawah Kertas Inkuiri Polis dan polis mempunyai kuasa untuk memanggil individu-individu untuk disiasat bagi mendapatkan keterangan.”
Dalam sidang media yang sama, Datuk Hussein Omar Khan juga menyatakan bahawa hasil siasatan awal mendapai pihak kontraktor menjalankan kerja kerja pengorekan mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan.
Kontraktor didapati ikut SOP
Beliau turut menyatakan bahawa paip kumbahan tersebut berkedalaman 2.1 meter daripada paras aras jalan di kawasan tersebut.
Polis Terima Aduan Ada Orang Bermain Mercun Di Kawasan Letupan Paip Gas
Ianya di paras yang dibenarkan kerana had korekan adalah tidak melebihi 3 meter daripada aras tanah.
Dipetik dari sumber Buletin TV3, Polis menyatakan: “Pihak Polis telah menjalankan siasatan dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor.
“Didapati paip kumbahan ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter daripada paras daripada aras jalan yang sedia ada.
“Keterangan lanjut didapati kerja korekan telah dibuat oleh kontraktor ini tidak melebihi 3 meter, sepanjang jalan itu dengan lebar korekan 1.5 meter,” tegas Hussein.