Polis Bentong tidak pilih kasih serta tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan dalam menguatkuasakan undang-undang, lapor Harian Metro.
Beliau mengulas gambar sebuah kenderaan yang dipercayai milik Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang yang menyalahi peraturan seperti yang tular dalam Facebook Kami Penduduk Bentong (Official) semalam.
Baca Juga:
- Dakwa Menyesal ‘Loan’ Beli Alphard, Pengakuan Pemilik MPV Mewah Undang Pertikaian Netizen
- 6 Bulan Menanti, Amir Raja Lawak Syukur Berjaya Miliki Perodua Alza
- Dakwa Hanya Sekadar Konten, Influencer Ini Beri Penjelasan Selepas Dikritik Netizen Dapat Shawarma Percuma
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya akan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira status seseorang.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas seorang netizen yang memuat naik gambar kenderaan tersebut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengenai perkara terbabit.
Zaiham berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bentong akan mengambil tindakan sewajarnya atas kesalahan itu.
“Gambar itu menunjukkan kenderaan terbabit keluar dari simpang Golden Court, Jalan Tras Bentong ke jalan utama. Ia melakukan kesalahan, iaitu abai isyarat lalu lintas di mana dengan sengaja masuk di laluan ‘No Entry’.
“Kenderaan terbabit akan disaman di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Beliau meminta agar orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi ke atas insiden itu dan polis tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.