Ianya satu berita sedih buat warga Pulau Pinang terutamanya. Char Koay Teow terkenal di Jalan Siam, Pulau Pinang bakal ditutup buat selamanya.
Pemilik gerai char koay teow bergerak berkenaan, Tan Chooi Hong gerai berkenaan ketika ini sudah tidak beroperasi sejak Februari yang lalu kerana sakit atas faktor usia. Di usia 77 tahun, beliau sebelum ini meneruskan perniagaan yang sudah berpuluh tahun lamanya bersama anaknya, Kean Huat yang berusia lingkungan 50-an.
https://www.instagram.com/p/5g62ZXrYtu/?taken-at=225195020
Sejak tahun lalu, kedai Uncle Tan dibanjiri pelanggan apabila gerai char koay teow beliau tersenarai di tangga ke-14 daripada senarai 50 terbaik World Street Food Congress.
Pelanggan Uncle Tan juga datang dari seluruh pelusuk dunia yang ingin mencuba char koay teow yang masih dimasak menggunakan cara traditional, digoreng dengan arang batu.
Ada yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya hanya untuk merasa sepinggan char koay teow ini. Pada mulanya ramai yang beranggapan gerai ini akan terus berhenti beroperasi. Tidak, ianya cuma akan berpindah masuk ke kopitiam berdekatan lokasi asalnya supaya lebih selesa untuk Uncle Tan serta pelanggannya.
Uncle Tan akan kembali berniaga pertengahan bulan Jun ini. Nampaknya masih ramai yang masih belum bersedia untuk Uncle Tan bersara.