Tahukah anda mengenai pemilihan color grading di dalam filem bukanlah dipilih secara rawak semata-mata?
Di dalam dunia perfileman, pengarah filem Barat kebiasannya akan memberi ‘hint’ dengan padanan warna kebiruan atau kekuningan pekat dalam menentukan kasta sesebuah negara.
Baca Juga:
- Ini Rupanya Lokasi Sebenar Penggambaran Filem Thunderbolts Di Kuala Lumpur
- ‘Wajib Tambah Dalam Menu Asal’ – Wanita Sweden Jatuh Cinta Dengan ‘Chicken Wings’ Dan Popia IKEA Malaysia
Kebiasaannya pengarah filem akan menggunakan warna yang lebih lembut atau bahasa mudahnya kebiruan untuk menggambarkan sesebuah negara itu sedang membangun pesat serta diduduki oleh masyarakat yang bertamadun.
Malah, gambaran sinematografi memperlihatkan cuaca yang lebih sejuk dan sedap dipandang pada dasarnya.
Sementara penggunaan warna kuning yang menyala pula selalunya dikaitkan dengan negara yang dilanda malapetaka atau pun bergolak peperangan dan juga dipercayai menunjukkan rakyatnya yang hidup susah serta bagi pertempatan kelihatan ‘berlumpur’.

Penggunaan filter ini turut menggambarkan suasana yang kering kontang dan panas sekaligus menimbulkan rasa kurang senang apabila ditontonkan. Malah, sampai satu tahap warna filter ini digelar sebagai Mexico filter kerana sering dikaitkan negara yang bermasalah serta miliki cuaca yang panas bahang.
Susulan itu, sebahagian netizen tempatan langsung meluahkan rasa bangga apabila pengambaran yang dibuat di sekitar Kuala Lumpur menerusi filem Thunderbolts mempamerkan color grading berwarna kebiruan pada kali ini.

Dengan ini, ia sekaligus bakal menghakis streotaip bahawa Malaysia adalah negara yang mundur di mata penonton antarabangsa kelak lebih-lebih lagi menerusi filem terkemuka dibawah arahan studio MCU.
Mana tidaknya, negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia sering dikaitkan dengan masalah sosial dan pembangunan yang mundur selama tayangan filem di layar perak oleh pengarah Barat.
“Malaysia dapat filter berwarna biru melambangkan negara maju. Bertuah ya tak kena stereotaip filter kuning,” ciapannya.
Jadi, sejumlah netizen lain turut menyambut berita itu dengan gembiranya kerana boleh dikira negara yang pertama kali mendapatkan ‘blue filter’ di dalam tajuk filem terkemuka terutamanya dari Barat.
Ramai juga berseloroh dengan mengatakan penggunaan warna biru ini telah memberi satu impression ia seolah-oleh seperti Gotham City yang tampak pesat dan moden.
Di samping itu, sebahagian netizen turut baru menyedari kewujudan aspek filter yang menggambarkan sesuatu kasta negara di dalam seni perfileman.