Malaysia digemparkan dengan kes kematian melibatkan penyanyi, Nidza Afham pada baru baru ini.
Keluarganya meminta bantuan orang ramai menerusi platform media sosial, menyatakan tentang kehilangan pemuda tersebut.
Adik kepada Nidza Ahfma, Aufahanie memberitahu bahawa abangnya kembali berjogging selepas mengalami kecederaan ACL.
Nidza adalah seorang yang sangat aktif bersukan dan dia mengalami kecederaan ACL itu ketika bermain bola sepak.
Setelah menjalani proses rehabilitasi dan pemulihan, Nidza Afham kembali melakukan aktiviti fizikal yang ringan untuk membantu pemulihannya.
Namun, Nidzha Afham kemudian dilaporkan hilang sejak Selasa lalu setelah keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman di Klang, telah ditemui tidak bernyawa di Sungai Klang.
Jasadnya ditemui oleh pemancing yang berada di situ pada kira kira 7 malam Rabu.
Menurut laporan oleh Xtra, kes tersebut tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Bedah siasat telah dilakukan selama 4 jam di Hospital Shah Alam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar memberitahu, hasil bedah siasat mendapati tidak ada kecederaan fizikal pada lelaki yang berusia 23 tahun itu.
Oleh itu, polis akan meneruskan siasatan ke atas kes ini berdasarkan kes SDR.
“Punca kematian ‘pending laboratory investigation’ dan lain-lain kecederaan fizikal tiada. Siasatan diteruskan sebagai SDR.”