Sudah menjadi tanggungjawab bagi para pekerja khususnya penjawat awam untuk menunaikan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan. Dalam pada itu, keadaan yang tidak dapat dielakkan antara yang menghalang seseorang untuk terus bertugas.

Itulah yang terjadi kepada seorang guru, Yahaya Wahi berusia 44 tahun di mana beliau yang sudah bertugas sebagai guru selama 18 tahun telah ditamatkan perkhidmatan kerana gagal melaporkan diri selama 1,535 hari akibat fobia.

Keadilan berpihak kepada dirinya apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam telah membenarkan permohonan semakan kehakiman di mana beliau berjaya mengembalikan jawatannya.

Difahamkan, Yahaya mengalami masalah fobia terhadap air kerana pernah lemas ketika kanak-kanak dan gagal hadir selepas mengetahui dia terpaksa menaiki bot ke sekolah.

Empat tahun kemudian, Yahaya kembali mengajar di sekolah RPS Kemar, Gerik selepas menemui jalan darat ke sekolah.

Yahaya sebelum itu telah ditamatkan perkhidmatannya dan mengemukakan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Taiping untuk urusan pembatalan pemecatan untuk dilantik semula sebagai guru di mana-mana sekolah lain yang boleh dilalui dengan jalan darat.

Yahaya yang disokong dengan bukti perubatan dan konsisten dilaporkan mengalami ketakutan seperti pucat muka dan muntah beberapa kali dalam perjalanan ke sekolah ketika menaiki bot.

Proses yang tidak adil telah dilakukan responden yang dinamakan iaitu Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia di mana mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Yahaya daripada perkhidmatan perguruan di sebalik alasan perubatan yang turut.

Sehubungan itu, mahkamah telah mengetepikan keputusan responden yang menamatkan perkhidmatan Yahaya dan mengembalikan jawatan berkenaan kepadanya.

Sumber