Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan gluten dalam Mee Suar Organik Taste Original (300g) dari Malaysia yang tidak diisytiharkan pada label pembungkusan makanan.
Memandangkan gluten adalah alergen, SFA berkata ia telah mengarahkan pengimport, Taste Original Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit, petik satu laporan.
Baca Juga:
- Kementerian Kesihatan Minta Syarikat Mi Segera Malaysia, Indonesia Tarik Balik Produk Dari Pasaran Secara Sukarela
- Alami ‘Kesilapan’ Semasa Proses, KKM Sahkan Sos Pasta Carbonara Prego Ditarik Balik
- WHO Bakal Isytihar Pemanis ‘Aspartame’ Dalam Air Soda Diet Sebagai Penyebab Kanser
“Proses tarik semula sedang berjalan,” kata SFA dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Di bawah Peraturan Makanan Singapura, SFA berkata produk makanan yang mengandungi ramuan yang diketahui menyebabkan hipersensitiviti mesti diisytiharkan pada label pembungkus makanan untuk melindungi pengguna yang mempunyai alahan makanan.
“Semua bahan dalam makanan yang dibungkus juga harus dinyatakan pada label produk dalam susunan menurun mengikut perkadaran mengikut berat di mana ia ada,” katanya.
SFA menyatakan bahawa gluten adalah sejenis protein yang secara semula jadi ditemui dalam gandum dan bijirin lain.
“Gluten tidak menimbulkan isu keselamatan makanan kepada pengguna secara amnya, kecuali bagi mereka yang tidak bertoleransi atau alah kepada gluten,” katanya.