Lebih memudahkan rakyat Malaysia, kini anda tidak perlu lagi beratur di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) kerana anda boleh perbaharui lesen anda secara dalam talian sahaja.
Menurut pengumuman JPJ, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara dalam talian boleh dilakukan melalui sistem myEG bermula pada 9 Oktober 2020.
Malah, pembaharuan bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara dalam talian pula akan dilaksanakan mulai 16 Oktober. Akan tetapi, pembaharuan lesen tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).
Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu yang praktikal.
Ketika, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja. Selepas ini, semua sudah lebih mudah!
Sementara itu, penularan wabak COVID-19 masih belum berakhir. Kami kongsikan cara pemakaian face mask dengan betul pada pautan di bawah ini.
Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’
‘Check-In’ Hotel, Ini Langkah Pencegahan COVID-19 Yang Perlu Anda Lakukan