Kerana tidak mahu orang lain terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19, seorang lelaki dari Sabah sanggup berjalan kaki sehingga lebih 100 kilometer dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu setibanya beliau dari Jepun.

Lelaki tersebut ,Alixson Mangundok, 34, membuat keputusan itu kerana mahu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam dan kenderaan ahli keluarganya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19, beliau memutuskan untuk berjalan kaki kerana ketika itu keputusan ujian saringan yang dilakukannya di Hospital Queen Elizabeth 1 masih belum dikeluarkan.

“Sejurus tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dari Jepun, saya terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk menjalani saringan COVID-19, walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

“Berikutan keputusan ujian yang belum diketahui, saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelak bercampur orang ramai kerana takut mencetuskan sebarang jangkitan jika keputusan saringan yang dibuar itu positif.

“Kebimbangan itu juga membuatkan saya menolak menaiki kenderaan abang yang datang menjemput di lapangan terbang atau pengangkutan awam.

“Saya membuat keputusan pulang ke kampung secara berjalan kaki mulai petang 26 Mac lalu dan sampai di kampung di Kota Marudu pada 28 Mac,” katanya kepada Berita Harian.

Keputusan Alixson untuk berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya sebelum ini mencuri tumpuan netizen selepas adik perempuannya Nazehah Shahavelizen’s berkongsi satu kiriman di Facebook yang menceritakan perjalanan pulang abangnya itu.

Dalam perkongsiannya itu, beliau bercerita bagaiamana abangnya itu menempuh perjalanan beratus kilometer untuk pulang ke kampung sambil ditemani seekor anjing yang ditemui dalam perjalanannya itu.

“Disebabkan COVID-19 ini dia berjalan kaki dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu dari petang 26 Mac sehingga sampai ke Kg Kota Marudu pada 28 Mac.

“Kamu semua boleh bayangkan atau tidak betapa peritnya perjalanan itu sehingga dia ditemani oleh seekor anjing yang begitu setia menemani abang sehinnga sampai ke kampung,” tulisnya.

Perkongsian beliau itu mendapat sehingga 3,000 share dan lebih dari 100 komen yang rata-rata meninggalkan pujian buat abangnya itu.

3 2 1

Mereka yang baru tiba dari luar negara sebelum ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Bagaimanapun penyediaan pusat kuarantin sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di negara kita. Klik pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami sebelum ini. 

Perbezaan ‘Antara Dua Darjat’ Fasiliti Kuarantin Cetus Pertikaian Netizen

Hotel Untuk Kuarantin Telah Ditetapkan, Kerajaan Hanya Tanggung RM150 Sehari

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin