Kisah perjalanan Indonesia mahu membangunkan ekosistem EV bersama Tesla di negara mereka sarat dengan 1001 macam cerita. Bermula dengan pelan pelaburan daripada Tesla, ketidakpersefahaman kedua-dua pihak dan beberapa siri lawatan rasmi kerajaan Indonesia berjumpa Elon Musk.
Terbaharu, dalam satu wawancara bersama Bloomberg, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menggesa Tesla untuk membina kereta EV mereka di Indonesia, bukan setakat menggunakan sumber bahan mentah Nikel untuk pembuatan bateri sahaja.
“Apa yang kita mahu ialah kereta elektrik, bukan hanya sekadar bateri sahaja. Untuk Tesla, kami mahu mereka membina kereta elektrik di Indonesia. Kami mahukan ekosistem kereta elektrik lengkap dan menyeluruh,” kata Jokowi dalam temu bual dengan Ketua Pengarang Bloomberg News, John Micklethwait pada Khamis baru-baru ini.
Jokowi turut menyatakan Indonesia bersedia meluangkan masa yang diperlukan bagi meyakinkan Elon Musk untuk melihat negara itu lebih daripada sekadar ‘kaya dengan bahan mentah’ seperti tembaga, nikel dan timah.
Apabila ditanya mengapa terdapat ‘halangan’ untuk mencapai persepakatan rundingan dengan Tesla, Presiden negara republik itu menyatakan semuanya masih dalam perbincangan dan memerlukan masa lebih lama.
“Saya tidak mahu cepat tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil. Ia memerlukan ‘komunikasi intensif’ dan biarkan hasilnya nanti membuka mata ramai,” terang beliau.
‘Indonesia Tunjuk Sikap Positif Dan Optimistik’ – Elon Musk Teruja, Mahu Kerjasama Lebih Besar
Tambah Jokowi lagi, beliau turut menaruh harapan yang sama daripada Ford Motor Co., Hyundai Motor Co., Toyota Motor Corp dan Suzuki Motor Corp., menandakan hasratnya untuk mendapatkan pelaburan dan memastikan Indonesia tidak sekadar menjadi pembekal bahan mentah atau pembuat komponen dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik global.
Memetik laman Bloomberg Law, Tesla Inc. telah mencapai perjanjian bernilai kira-kira USD5 bilion (RM22.38 bilion) untuk mendapatkan bekalan nikel dari Indonesia dalam tempoh lima tahun akan datang — sebagai usaha terbaru pembuat kenderaan elektrik terkemuka dunia itu untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk bateri mereka, kata seorang menteri kerajaan republik Indonesia dalam satu temu bual di CNBC.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Anda boleh baca kronologi bagaimana perjalanan Indonesia dan Tesla sedang bekerjasama untuk mencapai persepakatan melalui pautan di bawah.
Tesla Mahu Bangunkan ‘Power Bank’ 100MW Gergasi Di Indonesia
‘Kami Bukan Republik Pisang’ – Indonesia Beri Peluang Kedua Kepada Tesla Untuk Teruskan Rundingan
‘Indonesia Tunjuk Sikap Positif Dan Optimistik’ – Elon Musk Teruja, Mahu Kerjasama Lebih Besar