Sesiapa yang pernah makan masakan Malaysia, pasti deria rasanya akan terasa lebih ‘sensitif’ kerana merasa pelbagai rempah ratus serta lengkap dengan secukup rasa manisnya, pedasnya, masamnya dan pahitnya.
Baru-baru ini, seorang wanita dan keluarganya yang juga berasal dari United Kingdom merakam video ulasan mencuba makananan francais restoran terkena Five Guys yang sedia menyajikan menu Barat seperti burger dan kentang goreng.
Dia mendedahkan sudah pernah merasa di cawangan Kuala Lumpur, Malaysia dan kini baru berpeluang mencuba di tempat kelahirannya sendiri.
“Saya sangat menyukai Five Guys di Malaysia,” katanya.
Oleh itu, dia mahu membandingkan rasa penawaran makanan di antara cawangan di Malaysia dengan UK.
Terdapat perbezaan penawaran senarai menu di sana yang mana jauh lebih variasi berbanding di Malaysia.
Namun, dari segi rasa, mereka sekeluarga bersependapat burger yang ditawarkan di UK tidak sedap sama sekali dan meluahkan rasa hampa selepas gigitan pertamanya. Jelasnya burger Five Guys di Malaysia jauh lebih sedap dan kentangnya juga tidak mempunyai sebarang rasa.
Perkara yang paling ketara yang menjadikan Malaysia jauh lebih bagus apabila diberi sos barbeku sementara di UK hanya diletakkan mayonis semata-mata yang pasti tidak dapat menaikkan lagi keenakkan burger itu.
Dia turut berkata di negaranya sedia ditawarkan bersama daging bacon tetapi rasanya langsung tidak memberi kesan seperti versi halal di Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, mereka masih berpendapat Five Guys di negaranya sendiri adalah teruk dan meluahkan rasa tidak sabar untuk datang ke Malaysia demi menikmati burger dan kentang goreng yang lebih sedap.
@theunconventionalfam There’s more to Malaysian food than Five Guys but I needed to compare in the UK before we leave again 🙌🏼😅 #fiveguys #foodietiktok #malaysian #travelfamily #familyvlog
♬ original sound – theunconventionalfam – theunconventionalfam
Video yang dimuatnaik menerusi TikTok langsung meraih perhatian netizen tempatan dan ramai meninggalkan komentar yang meminta mereka untuk cuba burger kebanggaan ramai iaitu Ramly apabila sudah kembali ke Malaysia.