Sedia maklum, sejak 16 September yang lalu Langkawi telah dibuka kembali kepada pelancong. Kerajaan telah membenarkan pelancong dari negeri-negeri lain untuk melancong dengan beberapa syarat tertentu.
Kecoh di media sosial mengatakan Langakawi mulai ‘padat’ dengan pelancong tetapi realiti sebenar sebaliknya. Terbaharu, seorang pengguna Facebook Sabarina Yaacob yang bercuti ke Langkawi pada 18 September yang lalu telah berkongsi keadaan sebenar Langkawi.
Menerusi perkongsiannya, Langkawi tidaklah padat seperti diwar-warkan dan tidak semeriah dulu. Bukan itu sahaja, para penduduk tempatan juga kehilangan banyak sumber pendapatan kerana kurangnya kedatangan pelancong.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat suasana di Langkawi yang sunyi dan ‘kosong’ tanpa kehadiran pelancong. Para penggiat pelancongan seperti pemandu teksi, pemandu bot dan sebagainya turut dilihat tidak sibuk seperti kebiasaanya.
Perkongsian terbabit mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa simpati serta berharap mereka yang berkemampuan akan melancong ke Langkawi untuk menghidupkan kembali pulau tersebut.
Buat anda yang melancong ke Langkawi ataupun destinasi lain yang bakal dibenarkan kerajaan tidak lama, pastikan anda patuhi SOP agar tiada penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, kami kongsikan garis panduan untuk anda tahu sebelum memulakan perjalanan anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Langkawi Bakal Dibuka Semula Kepada Pelancong, Ini Garis Panduan Yang Perlu Anda Ketahui
8 Resort Tepi Sawah Padi Di Langkawi, Kedah Buat Saya Jatuh Cinta
23 Aktiviti Menarik Di Pulau Langkawi. #10 Dan #13 Paling Terbaru!