Seperti yang ramai sedia maklum, semalam Malaysia dikejutkan dengan berita pelanggaran dua tren LRT yang telah membuatkan ratusan penumpang cedera parah.
Situasi yang berlaku ini turut mendapat perhatian pihak kerajaan yang sedia memberikan pampasan RM1,000 buat para penumpang yang menjadi mangsa kemalangan.
Di sebalik insiden pelanggaran LRT yang tidak dijangka mampu berlaku, muncul pula seorang agen insurans yang mencuri perhatian netizen dengan mempromosikan produk insurans beliau melibatkan faedah hibah beserta gambar insiden yang berlaku.
https://twitter.com/amrin_hidayat/status/1396850600361414659
Tindakan beliau yang dianggap mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan keadaan semasa sekaligus membuatkan para netizen berang serta mengundang kepada pelbagai kecaman.
Malah, terdapat netizen yang beranggapan sikap yang ditunjukkan agen sebegini yang membuatkan orang ramai tidak berminat mengambil insurans. Berikut merupakan respon netizen mengenai ‘iklan’ yang dilakukan.
Promot tak kena masa dan tempat! Nak mintak di kecam ke? https://t.co/JAYux6PhrY
— EJEN HANπ¨βπΌπβ°οΈπβοΈππ°ποΈ (@hanafiEzu) May 25, 2021
one of the reason y aku tak suka dengan certain agent insurance. https://t.co/AD555mrEYc
— Janick (@hasifhais) May 25, 2021
Salah 1 punca aku tak berkenan nak buat kawan dengan org jual insurance.. Benci doh org macam ni.. Ke memang yg jual insurance ni di latih untuk jadi cmni? Langsung tak sensitive haihh https://t.co/1dxzrixDvf
— πΈπππππππ π¬πππππ (@txhyungvi) May 25, 2021
Dalam pada itu, muncul persoalan di kalangan netizen mengenai mampukah agen seperti ini diberhentikan daripada menjadi wakil insurans berikutan etika yang ditunjukkan.
Menurut perkongsian pengguna Twitter iaitu @fahmyumar, orang ramai boleh membuat aduan ke Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) atau Malaysian Takaful Association (MTA) kerana melanggar kod etika. Selain itu, syarikat insurans yang diwakili agen insurans berkenaan juga boleh mengambil tindakan.
Kalau report kt LIAM or MTA, memang boleh kena tindakan. Langgar Code of Ethics juga ni.
— Fahmy (@fahmyumar) May 25, 2021
Melihatkan kepada keadaan semasa melibatkan mangsa LRT serta kes COVID-19 yang semakin meningkat, diharap orang ramai mampu menjaga sensitivi dalam berkongsi sebarang perkongsian di media sosial agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.
Tular pada hari ini apabila para pengguna kenderaan awam bengang terpaksa bersesak ekoran kekerapan LRT yang dikurangkan
Pengguna Bengang Terpaksa Bersesak Ekoran Kekerapan LRT Dikurangkan
Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000