Ini merupakan berita baik buat anda yang ingin merancang perjalanan awal pulang ke kampung bersempena perayaan Tahun Baru Cina kerana tiket perkhidmatan ETS akan mula dijual mulai 2 Januari 2019. Tiket yang dijual mulai 2 Januari ini adalah bagi perjalanan untuk tarikh 1 Februari sehingga 30 April 2019.
Penjualan tiket akan dibuka pada 8.30 pagi bagi memudahkan orang ramai membeli tiket. Malah, menurut KTMB dalam satu kenyataan, perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari berikutan kerja menaik taraf infrastuktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang masih dalam fasa pelaksanaan.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan juga di kaunter tiket KTMB. Pastinya buat anda yang ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas dan ingin cepat sampai ke destinasi, ETS adalah pilihan yang tepat.