Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan tiket masuk ke Zoo Negara secara percuma? Zoo Negara kini menawarkan tiket masuk percuma bagi meraikan hari lahir anda.

Sebenarnya, rakyat Malaysia boleh melawat Zoo Negara secara percuma dalam tempoh 30 hari bermula daripada tarikh hari jadi masing-masing.

Baca Juga:

Teruja tak? Senang sahaja untuk tebus tiket percuma anda. Kami kongsikan cara untuk anda tebus tiket percuma masuk ke Zoo Negara.

1. Hadir ke Kaunter B (Kaunter Maklumat) yang terletak di sebelah kiri pada pintu masuk utama Zoo Negara.
2. Tunjuk MyKAD/MyKID kepada petugas di kaunter tersebut untuk pengesahan.
3. Isi borang yang disediakan.
4. Ambil tiket anda di kaunter tiket walk-in.

Mudah sahaja tebus tiket percuma ini, bukan? Bolehlah anda melihat sendiri variasi spesies mamalia dan reptilia yang ada di Zoo Negara.